awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Sistem ranking universiti, di manakah kita?
DUNIA
Iran sahkan 610 terbunuh, hampir 5,000 cedera akibat serangan Israel sejak 13 Jun
DUNIA
Terkejut lihat peluru berpandu 'terbang di atas kepala' - Rakyat Malaysia di Qatar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

SPRM tahan reman lima individu, disyaki kemuka butir matan palsu berkaitan permit pekerja asing

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
24/06/2025
08:18 MYT
Sponsor Banner
SPRM tahan reman lima individu, disyaki kemuka butir matan palsu berkaitan permit pekerja asing
Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009, yang melibatkan perbuatan memperdaya agensi kerajaan dengan maklumat palsu dalam dokumen rasmi. - Foto SPRM
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman lima individu termasuk empat pengarah syarikat dan salah seorang daripadanya warga Bangladesh yang disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi tujuan mendapatkan permit pekerja asing.

Ringkasan AI
  • Lima individu termasuk empat pengarah syarikat direman empat hari oleh SPRM, disyaki mengemukakan dokumen palsu bagi permohonan permit pekerja asing di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009, yang melibatkan perbuatan memperdaya agensi kerajaan dengan maklumat palsu dalam dokumen rasmi.
  • Tiga lagi suspek dibebaskan dengan jaminan atas faktor kesihatan, manakala siasatan lanjut terhadap kes ini masih diteruskan.

Perintah reman selama empat hari sehingga 27 Jun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali di Mahkamah Majistret 2 Shah Alam, selepas mendengar permohonan SPRM pagi tadi.
Menurut sumber, kesemua suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an hingga 60-an ditahan antara jam 3 hingga 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.
“Siasatan awal mendapati mereka disyaki mengemukakan dokumen permohonan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 kepada Jabatan Imigresen Selangor antara tahun 2023 hingga 2024 yang mengandungi butiran palsu, dipercayai dengan niat memperdayakan pihak imigresen,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana memberikan maklumat palsu dalam dokumen rasmi untuk tujuan memperdaya agensi kerajaan,” ujarnya.
Dalam pada itu, tiga lagi individu yang turut ditahan semalam telah dibebaskan atas faktor kesihatan selepas kenyataan mereka direkodkan. Mereka dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 bersama dua penjamin setiap seorang.
Siasatan lanjut sedang dijalankan.
Topic Berkaitan
#SPRM
#permit pekerja asing
#pengarah syarikat direman
#butir matan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami