awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan suami isteri buat tuntutan palsu RM2 juta

Bernama
Bernama
21/02/2023
07:07 MYT
SPRM tahan suami isteri buat tuntutan palsu RM2 juta
SPRM tahan sepasang suami isteri semalam kerana disyaki membuat tuntutan palsu membabitkan bayaran komisen program merekrut pelajar sekolah menengah untuk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti swasta.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan sepasang suami isteri semalam kerana disyaki membuat tuntutan palsu membabitkan bayaran komisen program merekrut pelajar sekolah menengah untuk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti swasta, berjumlah hampir RM2 juta.
Menurut sumber, pasangan berusia lingkungan 40-an itu ditahan pada kira-kira 11 pagi ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.
"Suspek lelaki yang juga bekas pengurus pemasaran di universiti tersebut disyaki bersubahat dengan isterinya, seorang suri rumah, melakukan tuntutan palsu sekitar tahun 2015 hingga 2020," katanya.
Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman terhadap lelaki berkenaan di Mahkamah Majistret Putrajaya selama tujuh hari bermula hari ini hingga 27 Februari, manakala isterinya dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#suami isteri ditahan
#tuntutan palsu
#bayaran komisen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan