awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tangkap suami isteri terlibat rasuah

Astro Awani
Astro Awani
03/05/2017
13:26 MYT
SPRM tangkap suami isteri terlibat rasuah
Suspek dipercayai telah mengambil wang rasuah kira-kira RM500,000 sejak tahun 2013 menerusi beberapa projek yang dilaksanakan atas penyeliaannya. - Gambar fail
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Pengurus Besar sebuah anak syarikat Prasarana iaitu Project Technical Support Rapid Cheras Selatan kerana disyaki menyalahgunakan kedudukannya dan mengambil wang rasuah untuk kepentingan diri sendiri.
Suspek yang berusia 54 tahun itu ditahan bersama isterinya yang berusia 50 tahun di ibu pejabat pada jam 6.30 petang hari ini.
Maklumat yang diperolehi hasil siasatan awal, suspek disyaki telah menerima wang rasuah bagi meluluskan beberapa projek pembekalan bas, alat ganti bas dan pembaikan bas.
Suspek dipercayai telah mengambil wang rasuah kira-kira RM500,000 sejak tahun 2013 menerusi beberapa projek yang dilaksanakan atas penyeliaannya.
Menurut sumber, wang rasuah yang diterima juga telah dimasukkan ke dalam akaun milik isterinya sejak tahun 2013.
Suspek lelaki itu juga dikatakan pernah bertugas sebagai Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang yang juga merupakan anak syarikat Prasarana.
Kes tersebut akan disiasat mengikut seksyen 17 (a) ASPRM 2009 yang mana jika disabitkan kesalahan akan berdepan hukuman penjara 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan.
Pengarah Siasatan SPRM, Dato Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kedua-duanya akan direman esok untuk membantu siasatan kes tersebut.
Topic Berkaitan
#operasi
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan