KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menemui petunjuk baru dalam siasatan ke atas kontrak perolehan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang dilaksanakan oleh Bousted Naval Shipyard.

Menurut sumber, berdasarkan petunjuk baru tersebut SPRM telah menahan dua orang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat yang terlibat dalam projek tersebut.

Kedua-duanya berusia 79 dan 49 tahun ditahan bagi membantu siasatan lewat petang semalam di Ibu Pejabat SPRM ketika memberikan keterangan.

Kedua-dua ditahan kerana disyaki melakukan penyelewengan dan menerima rasuah menerusi pembayaran yang dibuat kepada tiga syarikat di luar negara. Manakala seorang lagi, disyaki menerima rasuah daripada sub-kontraktor yang dilantik bagi mengendalikan projek tersebut.

Siasatan tertumpu kepada kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan seksyen 409 Kanun Keseksaan.