Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 10,000 hingga 12,000 maklumat berkaitan kesalahan rasuah setiap tahun, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
Beliau berkata jumlah maklumat yang banyak itu membuktikan kesedaran tinggi masyarakat terhadap bahaya rasuah serta membuktikan masyarakat yakin dengan perkhidmatan SPRM.
Beliau berkata SPRM tetap menerima semua aduan dan menjalankan siasatan walaupun ada antaranya agak janggal seperti kes perebutan hak milik tanah pusaka, anak lari dari rumah, serta pekerja tidak datang bertugas namun ketua jabatan tidak membuat aduan.
"Bagaimanapun, daripada jumlah besar itu SPRM akan melakukan tapisan, tinggal 5,000 hingga 6,000 dan seterusnya sehingga hanya tinggal 1,000 kes yang benar-benar mempunyai asas akan dibawa ke mahkamah untuk tujuan pendakwaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama Ketua Jabatan Kerajaan dan Ketua Agensi GLC Negeri Sarawak 2013, di sini Isnin.
Program diadakan bertujuan menjelaskan peranan dan fungsi SPRM kepada semua agensi terlibat seterusnya memperbaiki persepsi masyarakat, dan memupuk semangat serta sokongan terhadap usaha-usaha pencegahan rasuah yang dilaksanakan agensi itu.
Mohd Shukri berkata antara cabaran dihadapi agensi itu dalam usaha memerangi rasuah ialah persepsi salah masyarakat yang sentiasa menuduh SPRM tidak mengambil tindakan, atau lambat membuat sabitan rasuah dan perbicaraan terhadap individu yang didakwa terlibat rasuah.
"Bukan mudah untuk membawa satu-satu kes ke mahkamah. SPRM juga tidak mempunyai kuasa melakukan pendakwaan, SPRM hanya membuat siasatan sebelum menyerahkan kepada pendakwa raya," katanya sambil berharap persepsi salah masyarakat itu dapat diperbetulkan.
Beliau berkata jika berjaya membuat sabitan rasuah dan perbicaraan pula, masalah teknikal seperti keterangan responden ketika memberi maklumat atau melapor kejadian rasuah kepada SPRM berlainan ketika menjadi saksi di mahkamah.
Bernama
Mon Nov 11 2013
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
KPDNHEP timbang naik taraf status bahagian penguatkuasa kepada jabatan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menimbang untuk menaik taraf status Bahagian Penguatkuasanya menjadi sebuah jabatan.
PKPB: Semua pejabat kerajaan dibuka sepenuhnya - Ismail Sabri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah dibuka pada Rabu dan akan diikuti jabatan-jabatan kerajaan yang lain.
Jabatan, agensi dan GLC di Sabah akan distruktur semula - Mohd Shafie
Kerajaan negeri akan melaksanakan penstrukturan dalam pentadbiran di jabatan dan agensi kerajaan negeri termasuk GLC bagi meningkatkan keberkesanan fungsi organisasi berkenaan.
Khidmat 16 ketua jabatan ditamatkan
Mereka termasuk Pengurus Besar, Perbadanan Ketua Menteri, Datuk Ab Rahman Ismail dan Pengurus Besar, Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, Datuk Hasnoor Sidang Husin.
SPAD dibubarkan, tugas dikembalikan ke Kementerian Pengangkutan - Tun M
Langkah ini diambil kerana, katanya, pentadbiran beliau ingin memastikan agensi atau jabatan yang tidak relevan tidak akan membebankan kerajaan semasa.
Sekolah di Terengganu digesa jalin kerjasama dengan AWANIJr
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sentiasa beri galakkan kepada semua sekolah di negeri itu untuk terlibat dengan AWANIJr
Peruntukan bagi JPM dalam Bajet 2016 bersesuaian, kata Irwan
Peruntukan belanjawan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam Bajet 2016 adalah bersesuaian dengan bilangan jabatan, agensi dan menterinya yang banyak berbanding kementerian lain.
SPRM terima 10,000 hingga 12,000 maklumat rasuah setiap tahun
SPRM tetap menerima semua aduan dan menjalankan siasatan walaupun ada antaranya agak janggal.