NATIONAL
SPRM tubuh pasukan khas teliti laporan Ketua Audit Negara

LATHEEFA: Turut disiasat, pendedahan mengenai manipulasi dan penipuan dalam sistem MyIMMs. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan petugas khas untuk meneliti pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) sebelum sebarang tindakan diambil, sekiranya terdapat unsur rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, pihaknya telah diberikan taklimat dan menerima laporan penuh berhubung LKAN 2018 Siri 1 itu, yang dikeluarkan pada 15 Julai lalu.
Jelasnya, taklimat dan laporan penuh diterima daripada Jabatan Audit Negara pada Khamis.
"Dari situ, kami akan fokus kepada kes-kes yang jelas ada isu, dan kami akan mengambil tindakan dari isu yang dimasukkan dalam laporan tersebut.
"Tumpuan juga akan diberikan kepada beberapa perkara, termasuk yang membabitkan prosedur dan tatatertib yang mungkin tidak cukup serius untuk SPRM siasat," jelasnya.
Kata Latheefa, antaranya pendedahan mengenai salah tadbir dana berjumlah jutaan ringgit disalurkan kepada unit khas bagi Program Pembangunan Sosioekonomi (Sedic) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta isu tuntutan palsu di Jabatan Pendidikan Terengganu yang menjadi penelitian SPRM.
Tambahnya, turut disiasat pendedahan mengenai manipulasi dan penipuan dalam sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami