KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, menolak permohonan Queen's Counsel (QC) atau Peguam Diraja daripada United Kingdom, Jonathan Laidlaw, untuk mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, dalam penghakiman menerusi sidang video pada Khamis berkata tidak ada keperluan untuk membawa masuk QC bagi mewakili Najib dalam rayuan akhir berkenaan.
Menurutnya, peguam yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu juga tidak memenuhi syarat untuk kemasukan secara ad-hoc di bawah Akta Profesion Undang-undang.
Beliau berkata, Laidlaw tidak dapat menunjukkan bahawa beliau memiliki kelayakan khas dan pengalaman bagi mengendalikan kes atau rayuan seperti yang dihadapi Najib.
Katanya, peguam itu juga tidak dapat menunjukkan bahawa kelayakan dan pengalamannya tidak dimiliki oleh mana-mana peguam di negara ini bagi tujuan berkenaan.
Laidlaw sebelum ini dihubungi Najib untuk mewakilinya dalam rayuan terakhir SRC International, dijadual didengar rayuannya oleh Mahkamah Persekutuan selama 10 hari, bermula 15 Ogos.
Justeru, pada 31 Mei lalu, Laidlaw memfailkan permohonan supaya diterima masuk dan didaftarkan sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya di mana peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan berkenaan.
Antara alasan dikemukakan Muhammad Shafee ialah peguam itu mempunyai kelayakan dan kepakaran yang tidak boleh didapati dalam kalangan peguambela dan peguamcara di negara ini.
Ia adalah kerana rayuan terakhir kes SRC International membabitkan isu yang serius, kompleks dan novel iaitu cabang undang-undang jenayah dan sivil, amalan dan keterangan, hak perlembagaan, cara pendakwaan dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya, penghakiman kes mahkamah jenayah oleh mahkamah perbicaraan dan pentadbiran sistem Keadilan Jenayah.
Pada 25 Januari lalu, Najib melalui Muhammad Shafee dalam sepucuk surat dialamatkan kepada Setiausaha Ketua Hakim Negara memohon supaya Najib dibenarkan untuk diwakili seorang QC iaitu peguam kanan paling senior dan berpengalaman dari United Kingdom.
Permohonan itu dibuat atas alasan QC mempunyai kepakaran untuk menasihati dan berpengalaman mengendalikan rayuan akhir Najib yang sangat kompleks dan membabitkan isu serta persoalan perundangan baharu bukan sahaja dalam bidang kuasa negara ini, malah di negara Komanwel.
Astro Awani
Thu Jul 21 2022
Ahmad Kamal Md Shahid berkata tidak ada keperluan untuk membawa masuk Jonathan Laidlaw (kiri) bagi mewakili Najib Tun Razak dalam rayuan akhir berkenaan. - Gambar fail/REUTERS
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Najib miliki kuasa penuh dalam SRC - Bekas pengarah
Bekas pengarah SRC International memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Najib mempunyai kuasa penuh untuk membuat semua keputusan dalam SRC.
AS$8.99 juta diterima BVI dikawal sekutu Jho Low - Saksi
Seorang penyelesai hutang (liquidator) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bayaran AS$8.99 juta diterima syarikat Blackstone Real Asia Estate Partners Ltd (BVI) dikawal oleh sekutu Jho Low.
Tiada temu bual terhadap Pengarah SRC atas urus niaga syarikat - Saksi
Penyelesai hutang bagi SRC BVI memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dia tidak menemu bual mana-mana pengarah SRC International berkaitan urus niaga syarikat itu.
AS$120 juta pinjaman KWAP kepada SRC masuk ke akaun peribadi Najib - Saksi
Datuk Seri Najib Tun Razak menerima AS$120 juta daripada hasil pinjaman KWAP kepada SRC International Sdn Bhd antara Dis 2011 hingga Mei 2012, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Bekas pengurusan kanan bank BSI mengaku tidak semak dakwaan Jho Low
Bekas pengurusan kanan bank BSI mendedahkan pihak bank tidak pernah melakukan semakan untuk mengesahkan Jho Low bertindak bagi pihak Najib berkaitan hal ehwal SRC International.
SRC mangsa penipuan berskala besar yang didalangi Najib - Peguam
Peguam utama SRC International Datuk Lim Chee Wee berkata Najib melakukan kesalahan ini melalui pelbagai jawatan awam yang dipegang beliau.
Najib akan mohon pengampunan kali kedua - Shafee
Peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan permohonan itu dibuat disebabkan anak guamnya tidak mendapat keadilan ketika perbicaraan dan proses Lembaga Pengampunan.
Kes Najib: Perlu pendekatan proaktif dari segi komunikasi - Penganalisis
Rozhan Othman berpendapat, kelemahan komunikasi ini menyebabkan timbul bermacam pandangan berhubung perkara tersebut.
Najib hanya terima belas ihsan, bukan pengampunan penuh - Prof Shamrahayu
Lembaga Pengampunan bukanlah satu badan yang berperanan seperti mahkamah, tetapi lebih kepada memberikan belas kasihan atau belas ihsan kepada pesalah.
Hukuman Najib turun kepada 6 tahun, denda RM50 juta
Hukuman penjara bekas Perdana Menteri itu dikurangkan daripada 12 tahun ke 6 tahun, dan denda terhadapnya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.