KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menghargai hasrat pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk menaja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor, @HRHJohorII atas kurniaan penajaan penanaman rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil," menurut ciapan di Twitternya.
Semalam, Tunku Ismail menerusi kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers bertitah mahu menanggung kos pertukaran rumput 'Cow Grass' ke jenis 'Zeon Zoysia', sama seperti di Stadium Sultan Ibrahim milik JDT di Iskandar Puteri, sebagai hadiah kepada skuad Harimau Malaya.
"Saya telah mengarahkan pengurusan JDT untuk membantu Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), bagi memastikan Stadium Nasional, mempunyai padang yang kualitinya layak untuk perlawanan bola sepak antarabangsa," titah baginda.
JDT kemudian menerusi kemas kini di media sosial berkata, Tunku Ismail telah pun menandatangani cek untuk kerja pertukaran padang itu dengan pemeriksaan di Stadium Nasional akan dilakukan pada 19 Mac (Sabtu), sebelum meneruskan persiapan terakhir dengan PSM.
BACA: TMJ akan taja kos pertukaran rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional
Pada Mac tahun lepas, dilaporkan kerja-kerja menggantikan rumput dengan kos RM10 juta dijangka siap dalam masa tiga bulan (Jun 2021), yang turut merangkumi penyelenggaraan padang, sistem pengudaraan, sistem saliran, pencahayaan buatan serta latihan kepada penyelia rumput.
Namun, projek berkenaan masih belum bermula walaupun kerajaan telah meluluskan bajet, manakala stadium itu juga telah digunakan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula 21 Jun lepas.
Sementara itu, menurut sumber daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sehingga ini masih belum ada apa-apa hitam putih antara kementerian itu dan TMJ, setakat tengah hari Jumaat (11 Mac).
Turut difahamkan bahawa PSM juga belum memutuskan jenis rumput bakal digunakan, kerana menunggu laporan daripada sebuah universiti tempatan mengenai jenis rumput paling sesuai bagi stadium itu.
"Badan Lembaga PSM akan membuat keputusan mengenai jenis rumput paling sesuai berdasarkan kepada bukti saintifik didapati daripada pakar runding. PSM dan KBS tidak mahu membuat keputusan terburu-buru, tetapi berdasarkan kepada laporan saintifik bagi mengelakkan berlakunya isu berkaitan rumput di stadium tersebut.
"Terdapat pandangan berbeza berkaitan 'Cow Grass', ada yang suka dan ada yang tidak. Kami juga perlu melihat kepada pelbagai aspek, termasuklah tujuan penggunaan stadium, jika ia terhad kepada bola sepak, ia akan memberi kesan kepada pendapatan PSM," kata sumber itu.
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon bakal mengadakan latihan selama lapan hari bermula 14 Mac (Isnin), untuk menghadapi Siri Tiga-Negara FAS 2022 berdepan Filipina pada 23 Mac dan tuan rumah Singapura (26 Mac).
Pasukan kebangsaan itu juga akan beraksi dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil bertemu pasukan ranking ke-134 dunia Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti aksi menentang Bahrain (89) pada 11 Jun dan Bangladesh (186) pada 14 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 11 2022

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menghargai hasrat pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) untuk menaja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Gambar fail

Polis tembak mati dua penjenayah kes samun, edar dadah di Nilai
Penjenayah berumur 40-an dan 20-an itu aktif dalam kes samun rumah, kilang serta tempat pengumpulan kurier di beberapa negeri.

Usaha bangunkan negara perlu penglibatan ahli - Nurul Izzah
Mengambil contoh isu rakyat seperti pendidikan, PKR, kata Nurul Izzah perlu terus memberikan 'kepedulian' sekali gus dapat memberi keyakinan rakyat terhadap parti.

Pemilihan PKR: Fahmi ikrar bantu parti rencana langkah menuju PRU16, PRN
Perkara itu merupakan gerak kerja pertama yang akan dilakukannya sekiranya diberi mandat membarisi MPP.

Republik Tatarstan miliki potensi besar untuk diterokai, Malaysia sedia perkukuh hubungan dua hala - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, Malaysia bersedia untuk menjalin kerjasama dan memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.

PBB: 90 peratus penduduk Gaza terpaksa berpindah akibat serangan Israel
Pada 1948, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir dan 77 tahun kemudian, rakyat Palestin terus diusir secara paksa.

Pasukan Rusia miliki kuasa penuh untuk rundingan dengan Ukraine - Ketua delegasi
Matlamat rundingan terus dengan pihak Ukraine adalah untuk mencapai keamanan jangka panjang, dengan akhirnya menangani punca konflik.

MH17: Malaysia tetap tegas cari penyelesaian, tegak keadilan untuk mangsa
Muhammad Kamil berkata, bagaimanapun, Malaysia juga harus bijak dalam mengatur langkah dalam menangani isu ini.

MA63: Rundingan aspek pendidikan terlaksana hasil kerjasama erat Persekutuan dan negeri
Komitmen berterusan pada peringkat Kerajaan MADANI dan negeri perlu berterusan bagi melonjakkan martabat pendidikan.

MOTAC komited kepada penambahbaikan program MM2H - Tiong
Program itu membentuk satu daripada platform pemastautin jangka panjang terkemuka dunia, menawarkan peringkat Platinum, Emas dan Perak.

EU mahu tingkat kerjasama dalam industri hijau, digital dengan Malaysia
EU dan Malaysia berkongsi matlamat alam sekitar yang sama, sekali gus mencerminkan komitmen kukuh mereka di bawah Perjanjian Paris.

Semangat patriotik seharusnya melebihi keresahan harga tiket - Legenda bola sepak
Harga tiket tidak seharusnya menjadi masalah kepada peminat setia untuk memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan.

TMJ berkenan pinjamkan kanvas, padang Stadium Nasional dijaga
Kanvas itu bagi memastikan keadaan padang terpelihara dan berada dalam kondisi baik sepanjang 90 minit permainan.

'10 tahun cakap lebih tapi padang teruk' - TMJ
TMJ berkata tiada maknanya kejayaan menewaskan Kemboja jika keadaan permukaan padang di SNBJ masih di takuk lama dengan menggunakan rumput jenis 'cow grass'.

KBS arah PSM lakukan forensik struktur Stadium Nasional
Ahmad Faizal Azumu berkata beliau telah mengarahkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk melantik sebuah syarikat untuk membuat penilaian.

Kerja-kerja tanam rumput baharu Stadium Nasional bermula Januari 2023
Kerja-kerja pertukaran permukaan padang Stadium Nasional di Bukit Jalil yang dianggarkan menelan belanja antara RM1.2 hingga RM1.4 juta hanya akan bermula seawal Januari tahun depan.

Stadium Nasional: KBS hargai penajaan rumput TMJ, belum ada hitam putih
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menghargai hasrat pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk menaja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional Bukit

TMJ akan taja kos pertukaran rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional
Ia sebagai hadiah kepada gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu.

'Harimau usah dibuai mimpi indah' - Irfan Bakti
Indonesia juga sudah pasti berazam tampil dengan misi membalas dendam ke atas Harimau Malaya selepas kecundang 2-3 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September lalu.

Mat Yo sedia gegar gawang Indonesia
Ketiadaan penyerang utama, Muhammad Syafiq Ahmad akibat penggantungan satu perlawanan, sedia digalas oleh Norshahrul Idlan Talaha apabila skuad negara berhadapan Indonesia

'Badak' sedia kekang jentera serangan Jordan
Shahrul Mohd Saad bersedia memberikan aksi terbaik walaupun ketiadaan pemain senior Aidil Zaquan Abdul Radzak.