awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stadium Sultan Ibrahim perkenal pelbagai tarikan, bakal jadi tumpuan pengunjung

Bernama
Bernama
31/03/2022
20:20 MYT
Stadium Sultan Ibrahim perkenal pelbagai tarikan, bakal jadi tumpuan pengunjung
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mahu menjadikan stadium berkenaan tumpuan orang ramai. - Gambar/ Bernama
ISKANDAR PUTERI: Stadium Sultan Ibrahim bakal menjadi pusat tumpuan pengunjung dengan pelbagai tarikan yang akan diperkenalkan, termasuk Johor Darul Ta'zim (JDT) Hummer Tour dan pembukaan restoran, mulai hari ini.
Ketua Unit Komersil Kelab Bolasepak JDT Kevin Ramalingam berkata ia sejajar dengan titah pemilik kelab Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang mahu menjadikan stadium berkenaan tumpuan orang ramai.
Beliau berkata pihaknya juga merancang untuk menyediakan tarikan lain seperti lawatan stadium buat pengunjung dalam masa terdekat.
"Restoran Woodfire Burger dan Hummer Tour adalah tarikan yang pertama, yang mana Woodfire adalah salah satu brand Johor yang baik...dan banyak lagi restoran akan bertambah.
"Sebenarnya sudah ada yang tanda tangan perjanjian untuk masuk, tetapi belum dapat berjalan kerana sebelum ini kita hadapi banyak sekatan. Jadi selepas 1 April ini banyak yang akan dibuka dan harap dalam masa tiga bulan akan datang banyak lagi tarikan (diperkenal)," katanya pada sidang media di Stadium Sultan Ibrahim, di sini pada Khamis
Dengan negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik bermula hari ini, beliau berharap agar segala perancangan dibuat JDT berjalan dengan lancar.
"Bermula peralihan fasa Endemik, jadi sekarang banyak perkara kita boleh buat yang dahulunya banyak sekatan.
"Semasa pandemik, kanak-kanak tidak boleh datang (ke stadium), jadi selepas April lebih terbuka dan kita harap prosedur operasi standard (SOP) lebih terbuka, jadi (segala perancangan) kita baru boleh berjaya," katanya.
Sementara itu, Kevin berkata pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang mengelilingi stadium berkenaan dengan menaiki kenderaan Hummer menerusi JDT Hummer Tour, boleh mendapatkan tiket di kaunter stadium berkenaan dengan bayaran RM30 untuk 10 minit.
Beliau berkata JDT Hummer Tour akan beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembukaan sempadan
#1 April
#Stadium Sultan Ibrahim
#JDT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan