Taktik seorang lelaki menggunakan pembungkus teh cina untuk membungkus syabu yang kemudian dibalut seperti hadiah gagal mengaburi pihak polis yang menahan suspek di sebuah pasar raya di Jelutong minggu lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata suspek berusia 44 tahun itu diberkas oleh sepasukan anggota Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman pada 7.30 malam Khamis lalu, susulan intipan hampir empat jam.
"Semasa ditahan lelaki itu membawa beg yang mengandungi bungkusan menyerupai hadiah untuk sambutan Tahun Baharu Cina dan pemeriksaan di dalamnya (beg) menemukan 10 bungkusan dadah jenis syabu seberat 10.4 kilogram bernilai RM700,000," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Katanya polis percaya suspek yang merupakan anggota sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan Lembah Klang dalam perjalanan menghantar bekalan dadah kepada rakan sindiket semasa diberkas.
Siasatan awal mendapati suspek mendapatkan bekalan dadah daripada sindiket lain, katanya.
Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan anggota sindiket yang dipercayai masih berada di sekitar negeri ini.
"Berdasarkan siasatan, lelaki yang tidak bekerja itu terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sejak sebulan lepas dan susulan penahanannya polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi milik suspek," katanya.
Lelaki yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu kini direman sehingga 2 Feb ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2017
Datuk Chuah Ghee Lye (tengah) bersama pegawainya menunjukkan bungkusan teh mengandungi dadah jenis syabu yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah pasaraya dekat Jelutong Khamis lepas. - Foto Bernama
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
Perkhidmatan komuter percuma sempena Program MADANI Rakyat Zon Utara
Langkah itu bagi memudahkan pengunjung di utara tanah air untuk datang memeriahkan program yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat itu.
Nur Shazrin masih plilhan utama ke Paris - MSA
MSA tidak mahu menekan 'butang panik' selepas atletnya Nur Shazrin berdepan kemungkinan terlepas aksi di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan berulang pada tangan kanannya.
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
Polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba dalam beg silang miliknya.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.