PUTRAJAYA: Bilangan perkahwinan yang direkodkan pada 2020 menurun kepada 9.4 peratus kepada 184,589 daripada 203,661 dalam 2019 menurut menurut Statistik Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2021, yang dikeluarkan pada Jumaat.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin menerusi kenyataan susulan penerbitan laporan itu, berkata penurunan angka perkahwinan pada 2020 adalah disumbangkan oleh penurunan 1.8 peratus bilangan perkahwinan Muslim, iaitu 145,202 berbanding 147,847 pada 2019.
Bilangan perkahwinan bukan Muslim turut menurun daripada 55,814 pada 2019 kepada 39,387 pada 2020, katanya.
Beliau berkata purata umur bagi pengantin wanita menurun daripada 27 tahun pada 2019 kepada 26 tahun pada 2020, manakala purata umur pengantin lelaki kekal pada 28 tahun.
Mohd Uzir berkata pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi impak pada statistik perkahwinan di Malaysia.
Statistik tersebut menunjukkan bahawa semasa penguatkuasaan PKP, bilangan perkahwinan menurun secara signifikan iaitu sebanyak 88 peratus pada April 2020, yakni daripada 14,056 pada 2019 kepada 1,694 pada April 2020.
Mohd Uzir berkata bilangan perceraian pada 2020 adalah 45,754, sekali gus menunjukkan trend penurunan berbanding 56,624 pada 2019.
"Bilangan tertinggi perceraian melibatkan kumpulan umur 30-34 tahun bagi kedua-dua pengantin lelaki dan pengantin wanita," katanya.
Sejajar dengan penurunan bilangan perceraian, kadar perceraian umum bagi lelaki menurun daripada 7.2 ke 5.8 per 1,000 populasi lelaki berkahwin berumur 18 tahun dan ke atas.
Trend yang sama dilaporkan bagi wanita, iaitu penurunan daripada 7.7 kepada 6.1 per 1,000 populasi wanita berkahwin berusia16 tahun dan ke atas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 04 2021
Bilangan perkahwinan yang direkodkan pada 2020 menurun kepada 9.4 peratus kepada 184,589 daripada 203,661 dalam 2019. -Gambar hiasan
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Nilai jualan dagangan borong, runcit naik 5.5 peratus kepada RM141.1 pada Februari 2024
Nilai jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan nilai jualan berjumlah RM141.1 bilion, meningkat 5.5 peratus tahun ke tahun pada Februari 2024.
Kadar pengangguran kekal 3.3 peratus pada Februari - DOSM
Kadar pengangguran pada Februari kekal 3.3 peratus, mencatatkan bilangan penganggur yang lebih rendah iaitu 567,000 orang.
Nilai jualan sektor pembuatan naik 0.7 peratus pada Februari 2024
Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia naik 0.7 peratus, mencatat RM146.2 bilion pada Februari 2024.
Indeks Pengeluaran Perindustrian naik 3.1 peratus pada Februari 2024 - DOSM
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada Februari 2024, didorong oleh momentum positif dalam kesemua sektor.
PADU ada data asas 30 juta rakyat Malaysia
Data itu hanyalah data asas yang dikumpul daripada pelbagai agensi sedangkan yang diperlukan sekarang adalah data dinamik.
Jumlah daftar PADU cecah 10.8 juta, sasaran 50 peratus rakyat mendaftar mampu dicapai hari ini
Jumlah itu bersamaan 48.3 peratus daripada jumlah keseluruhan 21.96 juta warganegara berumur 18 tahun ke atas.
DOSM tambah 300 kaunter daftar PADU
Jabatan Perangkaan menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem PADU lancar.
Keselamatan data PADU terjamin, beroperasi 84 hari tanpa gangguan - Mohd Uzir
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah terbukti mempunyai standard keselamatan data yang baik selepas beroperasi selama hampir 100 hari tanpa gangguan.
PADU mahu bantu kumpulan pertengahan capai kemajuan ekonomi lebih pantas - Ketua Perangkawan
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diperkenalkan bukan semata-mata tertumpu kepada memastikan subsidi diberikan kepada kumpulan berpendapatan rendah.