awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ancaman digital: Undang-undang jenayah perlu seiring kemajuan siber - Azalina
[TERKINI] Pendaftaran murid darjah satu bagi tahun 2027 dibuat secara dalam talian
Hentikan boikot zakat, wakaf susulan isu ceroboh tanah perkuburan - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
24/06/2024
09:00 MYT
Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, status tersebut adalah sehingga Mei 2024. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Status kemajuan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 adalah sebanyak 75 peratus manakala LCS 2 pula 64.66 peratus.
Bercakap di Dewan Rakyat pada Isnin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, status tersebut adalah sehingga Mei 2024.
“Saya mengambil kesempatan untuk memberitahu peratus kemajuan yang lain. Kapal LCS 3 sebanyak 56.58 peratus, LCS 4 sebanyak 51.10 peratus dan LCS 5 adalah sebanyak 42.33 peratus.
“Berhubung dengan jumlah bayaran yang telah dibuat bagi pembinaan LCS 2 pula, berdasarkan kontrak yang telah ditandatangani, kementerian tidak melaksanakan bayaran mengikut kemajuan setiap kapal secara individu.
“Sebaliknya bayaran dilaksanakan mengikut kemajuan keseluruhan projek LCS sepertimana pandangan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK).
“Selaras dengan perkara ini, kerajaan telah membayar RM7.15 bilion iaitu bersamaan 63.69 peratus berbanding perancangan asal pembayaran iaitu 68.43 peratus berdasarkan kontrak mengikut kemajuan semasa perolehan LCS secara keseluruhannya,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN - Tanah Merah) yang bertanya status terkini LCS 2.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#LCS
#Khaled Nordin
#status terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan