KUALA LUMPUR: Status representasi pegawai polis kontroversi, Inspektor Sheila untuk membatalkan pertuduhan menyebabkan kegusaran orang awam dengan membunyikan hon kereta dalam tempoh lama ditetapkan pada 20 Mac depan di Mahkamah Majistret di sini.
Peguam, M Manoharan yang mewakili inspektor itu atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 36, mengesahkan perkara itu, ketika ditemui di luar mahkamah pada Rabu, selepas sebutan kes berkenaan di hadapan Majistret, Illi Marisqa Khalizan.
Menurutnya, representasi difailkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa, dengan alasan tuduhan terhadap anak guamnya itu remeh.
Selain alasan berkenaan, beliau berkata, representasi setebal 20 muka surat itu menyatakan bahawa anak guamnya merupakan mangsa dalam kes yang tular berkenaan.
“Ketika sebutan kes, mahkamah menetapkan prosiding seterusnya pada Mac depan untuk mengetahui keputusan representasi.
“Pihak pendakwaan memberitahu, mereka memerlukan masa tiga minggu untuk mengkaji dokumen yang difailkan kali pertama,” katanya.
Pada 8 November tahun lalu, wanita itu didakwa melakukan mudarat awam dengan memarahi, membunyikan hon kereta dengan panjang atau lama serta menjerit di tempat kejadian sehingga mendatangkan kegusaran am terhadap seorang wanita berusia 28 tahun.
Kesalahan didakwa dilakukan di tempat letak kereta, sebuah pusat beli-belah di Brickfields di sini, pada jam 5.26 petang, 16 Jun tahun lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 290 kanun sama, yang membawa hukuman denda sehingga RM400, jika sabit kesalahan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 21 2024
November tahun lalu, Sheila didakwa melakukan mudarat awam dengan memarahi, membunyikan hon kereta dengan panjang atau lama serta menjerit di tempat kejadian. - Gambar fail/Bernama
Kerajaan Kelantan ucap terima kasih kepada PM
Mohd Nassuruddin Daud mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana memberi layanan sama rata kepada Kelantan seperti negeri-negeri lain.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MSWP sasar lebih 50 emas di SUKMA Sarawak
MSWP menggalas misi besar apabila menyasarkan lebih 50 pingat emas selain menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki kerana melanggar syarat sah lesen dua bot melibatkan sitaan lebih RM160,000 di perairan Inderasabah dekat sini, semalam.
Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini - MOT
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula, bermula hari ini.
Copilot kini boleh digunakan pada OneDrive – Rumus kandungan fail sebelum dikongsi
Bulan Oktober lepas, Microsoft telah mengemas kini OneDrive pada versi web dengan antara muka baharu.
Tumpuan Jumaat - 03 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah inap desa di Tampin, dekat sini pada Sabtu lepas.
AWANI Ringkas: DVS Selangor buka kertas siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sharnaaz kecewa, tapi hormati mahkamah
Sharnaaz kecewa selepas prosiding kes untuk status representasi bagi menggugurkan pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan ditangguh.
Status representasi pelakon Sharnaaz Ahmad gugur pertuduhan diketahui 5 Mei
Mahkamah menetapkan 5 Mei untuk mengetahui status representasi pelakon Sharnaaz Ahmad bagi menggugurkan pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, tahun lepas.