Keputusan Malaysia menandatangani Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dipersetujui oleh Jemaah Menteri setelah berpuas hati bahawa kedudukan dan kekebalan Yang di-Pertuan Agong kekal terpelihara, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata kekhuatiran sesetengah pihak bahawa Yang di-Pertuan Agong akan terdedah kepada pendakwaan jenayah di ICC merupakan tanggapan yang salah dan dibuat tanpa kefahaman asas dalam perundangan atau perlembagaan.
"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak akan menerima kesan secara peribadi setelah Malaysia menjadi Negara Pihak kepada ICC," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Saifuddin berkata beliau telah dititah untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Selasa (12 Mac) untuk menyembah maklum kepada Seri Paduka akan perkembangan susulan penyertaan Malaysia ke Statut Rome ICC yang dimeterai pada 4 Mac.
Dalam majlis menghadap tersebut, menurut Saifuddin beliau telah menyembah maklum perkara mengenai penyertaan Malaysia ke Statut Rome ICC dan Seri Paduka telah menitahkan agar beliau menerangkan perkara tersebut kepada orang ramai.
Menurut Saifuddin, Statut Rome merupakan suatu perjanjian antarabangsa yang mewujudkan ICC yang berfungsi sebagai pelengkap kepada undang-undang sedia ada di sesuatu Negara Pihak (State Party) untuk mendakwa individu yang melakukan jenayah antarabangsa seperti yang terkandung dalam Artikel 5 Statut Rome iaitu genosid, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.
Sehingga 4 Mac 2019, sebanyak 124 negara telah menjadi Negara Pihak kepada Statut Rome, katanya.
"Penyertaan Malaysia ke Statut Rome mencerminkan kesungguhan negara selain meningkatkan imejnya di persada antarabangsa dalam membanteras jenayah antarabangsa yang serius dan membawa mereka yang melakukan jenayah terkutuk seperti yang termaktub dalam Artikel 5 Statut Rome ke muka pengadilan," katanya.
Penyertaan Malaysia itu adalah selari dengan dasar 'Malaysia Baharu' yang menegakkan prinsip kebenaran, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keadilan, tadbir urus yang baik, integriti dan kebertanggungjawaban, katanya.
Menurut Saifuddin, sebagai Negara Pihak antara lainnya Malaysia boleh merujuk kepada Pendakwa ICC di bawah Artikel 13(A) Statut Rome mengenai jenayah antarabangsa yang dilakukan oleh mana-mana pihak sekiranya perlu.
Juga mempunyai suara dalam persidangan tahunan negara-negara pihak dan layak mencalonkan rakyatnya sebagai hakim, pendakwa dan pendaftar ICC serta pemegang jawatan lain di pejabat pendakwa dan pejabat pendaftar ICC, katanya.
Saifuddin dalam kenyataannya itu turut menjelaskan mengenai Perkara 41 yang memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan tetapi ia tidak memberi kuasa mutlak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan perang.
Menurutnya, perkara itu perlu dibaca bersekali dengan Perkara 40, iaitu Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas-tugasnya atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.
"Oleh yang demikian, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak bertanggungjawab untuk empat jenayah terkutuk yang dikenal pasti dalam Artikel 5 Statut Rome.
"Tanggungjawab undang-undang untuk sebarang pengisytiharan perang dan pelaksanaannya terletak pada Perdana Menteri serta anggota-anggota Jemaah Menteri," katanya.
Saifuddin berkata beliau turut menyembah maklum kepada Seri Paduka bahawa dengan menjadi negara pihak ICC, Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda.
"Hanya pindaan undang-undang substantif dan prosedur yang perlu dilaksanakan," katanya.
Mengenai tanggapan bahawa penyertaan Malaysia ke ICC memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja, Saifuddin berkata menurut Perlembagaan Persekutuan, persetujuan Majlis Raja-Raja diperlukan apabila hendak dilakukan pindaan ke atas Perlembagaan yang melibatkan sembilan perkara selaras dengan Perkara 159 (5) dan Perkara 38 (4).
i. Sekatan terhadap kebebasan bercakap melarang persoalan isu-isu sensitif: perkara 10(4);
ii. Pemerolehan Kewarganegaraan: Bahagian III;
iii. Keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja: Perkara 38;
iv. Keistimewaan Parlimen dan Keistimewaan dewan undangan: Perkara 63 dan 72;
v. Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri: Perkara 70;
vi. Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri: Perkara 71;
vii. Bahasa kebangsaan: Perkara 152;
viii. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak: Perkara 153;
ix. Pindaan Perlembagaan di bawah Perkara 159(5).
Saifuddin berkata penyertaan Malaysia ke Statut Rome tidak termasuk dalam sembilan perkara itu.
"Walau bagaimanapun, Jemaah Menteri mengambil keputusan untuk menyembah maklum kepada Seri Paduka akan keputusan menyertai Statut Rome ini sebagai menghormati prinsip raja berperlembagaan," katanya.
Merujuk kepada Fasal (1) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Perkara 39 dengan Fasal (1) dan (2) Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan, menurut Saifuddin perkara mengenai menandatangani dan pelaksanaan Instrumen Antarabangsa yang melibatkan hal ehwal luar negeri terletak hak di bawah kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2019
Perkara 41 memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan tetapi ia tidak memberi kuasa mutlak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan perang. - Gambar fail
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
PM Anwar titip pesanan kepada anggota JKDM, JIM agar sentiasa disiplin dan berintegriti
Anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia diingatkan untuk sentiasa bertugas dengan penuh disiplin dan integriti.
SPRM pastikan titah Agong dilaksanakan sepenuhnya, penuh integriti - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaksanakan sepenuhnya, dan menjalankan tanggungjawab itu dengan penuh integriti.
TikTok akan lancar pusat pilihan raya dalam talian untuk tangani maklumat salah
Impak media sosial ke atas pilihan raya adalah dibimbangi, dengan AI yang mampu membawa gelombang baharu maklumat salah dan palsu.
Warga APMM disaran jadikan Ramadan medan perbaiki diri
Hamid berkata, warga agensi itu perlu meletakkan integriti sebagai tunjang dalam diri terutama ketika melaksanakan tugas yang diamanahkan.
PM Anwar rayu anggota polis perangi jenayah bersungguh-sungguh
Beliau mengakui budaya ini lebih susah ditangkis jika ia sudah berada dalam sistem, namun ia memerlukan disiplin dan integriti yang kuat.
Warga PDRM diseru laksana tugas secara profesional, beri khidmat berintegriti - KPN
PDRM turut zahirkan kesediaan untuk mengerah segala kudrat dan keringat dalam mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan masyarakat.
Pembiaya litigasi pihak ketiga antara fokus RUU Kekebalan Bidang Kuasa Asing bacaan kali kedua
Tindakan ini bukan sahaja menggugat integriti sistem perundangan, tetapi juga boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara secara keseluruhan.
Integriti nadi utama pastikan Malaysia hebat di persada dunia - Mohd Zuki
Sebanyak 154 organisasi dari seluruh negara yang terdiri daripada 95 agensi sektor awam dan 59 dari sektor swasta menyertai AIGA 2023.
KPT bentang empat tema Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera di KEB 2024
KPT menggariskan empat tema Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera yang akan dibentangkan di Kongres Ekonomi Bumiputera yang akan bermula Khamis ini.
LZS sedia beri kerjasama siasatan pecah amanah kutipan zakat
Lembaga Zakat Selangor bersedia memberi kerjasama penuh terhadap siasatan berhubung kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat.