KUALA LUMPUR:Stesen radio naungan Astro, ERA Sabah, HITZ Sabah dan MY Sabah dengan kerjasama Sazarice dan Bataras Hypermarket memulakan kempen #KamiCare4Sabah bermula 19 hingga 23 Oktober ini.
Pengurus Kandungan Astro Radio Sabah, Ily Lia Affiqah Mh Subari, berkata antara lain kempen itu bertujuan untuk menyumbangkan keperluan harian seperti beras, gula, tepung, susu kepada penduduk Sabah yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Beliau berkata, semua bantuan yang disumbangkan orang ramai akan disalurkan kepada mereka yang terjejas menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sabah dan Bilik Gerakan Bencana Negeri (BGBN) Sabah.
Katanya, kempen #KamiCare4Sabah dianjurkan di tiga pasar raya besar Bataras terpilih iaitu Bataras Bandar Sierra, Bataras Bundusan dan Bataras Putatan.
"Bagi mereka yang berada di luar Sabah dan ingin menghulurkan bantuan boleh DM (mesej langsung) menerusi Instagram ERA Sabah, HITZ Sabah atau MY Sabah.
"Sama-samalah kita membantu penduduk Sabah yang terjejas akibat PKPB dan PKPD ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Selasa.
Ily Lia menambah, melalui kempen itu, mereka membuka stesen di kesemua pasar raya besar terpilih bagi membolehkan sumbangan disalurkan di situ.
Beliau berharap, bantuan yang diterima itu dapat meringankan beban yang dihadapi penduduk Sabah yang terjejas.
Umavathi Ramayah
Tue Oct 20 2020
Ily Lia Affiqah berkata, semua bantuan yang disumbangkan orang ramai akan disalurkan kepada golongan yang terjejas akibat pelaksanaan PKPB dan PKPD di Sabah.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
#KamiCare4Sabah: Astro Radio berjaya kumpul 3.5 tan bantuan untuk komuniti terjejas COVID-19
Kempen Kami Care 4 Sabah anjuran Astro Radio berjaya mengumpul 3.5 tan barangan derma yang disumbangkan dari 19 hingga 23 Oktober 2020.
Stesen radio naungan Astro anjur kempen #KamiCare4Sabah
Stesen radio naungan Astro, ERA Sabah, HITZ Sabah dan MY Sabah dengan kerjasama Sazarice dan Bataras Hypermarket memulakan kempen #KamiCare4Sabah bermula 19 hingga 23 Oktober ini.