CYBERJAYA: Stok penimbal ubat-ubatan kerajaan yang diuruskan Pharmaniaga Bhd telah diagihkan kepada klinik swasta sejak semalam susulan kekurangan ubat-ubatan tertentu di pasaran, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata punca kekurangan ubat-ubatan adalah disebabkan permintaan di luar jangkaan terutamanya ubat demam, batuk dan selesema, jika dibandingkan sebelum tercetusnya pandemik COVID-19.
"Kalau pergi ke klinik swasta dan ada jual Paracetamol yang ada cap KKM (Kementerian Kesihatan), memang kita jual kepada mereka daripada stok penimbal.
"Ada Paracetamol, akan ada sirap batuk (dan) yang ada cap KKM itu memang sah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hematogenix Malaysia iaitu makmal penyelidikan klinikal onkologi pusat yang pertama di Malaysia, di sini hari ini.
Khairy sebelum ini dilaporkan berkata pengagihan ubat-ubatan akan didahulukan kepada klinik-klinik dan hospital swasta yang mengalami kekurangan ubat.
Mengenai situasi jangkitan influenza dalam negara, beliau berkata sebanyak 213 kluster dilaporkan di sekolah rendah dan menengah sehingga Minggu Epidemiologi 29/2022 (17 Jul hingga 23 Jul), 16 kluster di tadika dan 10 kluster di institusi latihan atau kolej.
"Tahun ini ada peningkatan ketara (jangkitan influenza). Ini adalah disebabkan tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disusuli pembukaan sekolah. Ia mendedahkan rakyat terutamanya kanak-kanak yang mungkin tahap imuniti mereka agak rendah, setelah dua tahun berkurung di rumah," katanya.
Mengenai tindakan seorang individu yang mendakwa dirinya seorang doktor di Pahang, Khairy berkata KKM akan membuat laporan polis terhadapnya dan mengambil tindakan sewajarnya.
Tular di TikTok dan Facebook mengenai seorang individu mendakwa dirinya seorang pakar perubatan dalaman UD56 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang dan menerusi mesej tular, lelaki itu didakwa menjual barangan perubatan dengan harga mahal.
Satu semakan menerusi sistem Majlis Perubatan Malaysia (MMC) turut mendapati nama individu itu tiada dalam rekod.
Mengenai status Hospital Cyberjaya, Khairy berkata satu pengumuman mengenainya akan dibuat bulan hadapan.
Pada November tahun lepas, Khairy dilaporkan berkata KKM akan membuka permintaan untuk cadangan (RFP) bagi model pengoperasian Hospital Cyberjaya kepada pakar dan juga syarikat perubatan swasta, termasuk cadangan bagi perolehan perkhidmatan kepada penduduk Cyberjaya yang layak pada kadar hospital kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 22 2022
Khairy berkata punca kekurangan ubat-ubatan adalah disebabkan permintaan di luar jangkaan terutamanya ubat demam, batuk dan selesema, jika dibandingkan sebelum tercetusnya pandemik COVID-19. - Gambar hiasan
Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah
Kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.
AWANI Ringkas: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
11 ditahan terlibat tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud di Johor Bahru
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga asing serta dua lelaki tempatan berusia 28 hingga 45 tahun.
Pengasas bursa dagangan kriptowang terbesar Binance dihukum penjara
Binance diarah membayar denda $4.3 bilion, sementara Changpeng Zhao sendiri dikenakan denda sebanyak $50 juta.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Stok penimbal ubat kerajaan mula diagihkan ke klinik swasta
Stok penimbal ubat-ubatan kerajaan yang diuruskan Pharmaniaga Bhd telah diagihkan kepada klinik swasta sejak semalam susulan kekurangan ubat-ubatan tertentu di pasaran.