NIBONG TEBAL: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihati semua pihak agar mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan tidak berlebih-lebihan memberikan ulasan dalam isu berkaitan penjualan stoking yang tertera kalimah Allah.
Presiden UMNO itu menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R (agama, institusi diraja dan kaum) oleh segelintir pihak.
"Saya mematuhi titah Agong dan dalam keadaan ini, saya fikir jangan lagi bangkitkan perkara sensitif begini.
"Kita tahu bahawa ini satu pengajaran yang agak mahal. Banyak pihak yang merasakan bahawa permohonan maaf itu telah dibuat dan kita menganggap mereka tidak mengetahui dan mereka tidak ada tujuan pun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Jamek Al-Amin Simpang Tiga di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menjelaskan siasatan dan lawatan oleh pihak pengilang mendapati stoking tersebut bukan keluaran kilang tersebut sebaliknya ia barangan import dari China.
Pada masa sama, beliau juga berharap perkara itu dijadikan sebagai pengajaran dan diselesaikan sebaik mungkin supaya ia tidak disalah tafsir dan dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.
Turut hadir pada majlis itu, Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal Fadhlina Sidek dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Semalam, Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.
Sebelum ini, KK Mart memohon maaf apabila didapati stoking tertera kalimah Allah dijual di cawangannya di Bandar Sunway dan kejadian itu tular di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika menjawab pertanyaan media pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) 2024 di Masjid Al-Amin Simpang Tiga hari ini. - Foto BERNAMA
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Serangan kedai serbaneka, MRA gesa percepat siasatan
Pihak berkuasa mesti dibenarkan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak.
KK Mart Sungai Isap Kuantan dilempar 'molotov cocktail'
Sebuah lagi cawangan kedai serbaneka KK Mart di Sungai Isap Kuantan, yang baru dua minggu beroperasi, dilempar molotov cocktail.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Stoking tertera kalimah Allah: Dua syarikat termasuk KK Mart didakwa esok
Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd serta pengarah-pengarah syarikat berkenaan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Isu stoking: 'Akmal wakili suara umat Islam' - Ab Rauf
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan kelantangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang juga Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung kontroversi stoking yang tertera kalimah Allah SWT mempunyai asas yang konkrit.
Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam
Individu berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan di kawasan Cheras semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Stoking tertera kalimah Allah: PM mahu tindakan segera dilaksana ikut undang-undang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan segera diambil mengikut undang-undang ditetapkan berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka baru-baru
Isu stoking tertera kalimah Allah: Armada Bersatu persoal kelewatan siasatan, tindakan
Wan Ahmad Fayhsal berkata, pihaknya menyokong titah Sultan Ibrahim yang mahu siasatan serta tindakan tegas diambil.
Isu Stoking: Johor ambil tindakan tegas - Exco
Tindakan boleh diambil mengikut enakmen dan undang-undang berkaitan termasuk Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895 dan Perlembagaan.