MELAKA: Tujuh pekerja warga Myanmar dan seorang warga Thailand ditahan dipercayai terlibat dalam kes penyelewengan minyak masak bersubsidi membabitkan nilai rampasan sebanyak RM87,300 susulan serbuan ke atas sebuah stor di Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor pada Isnin.
Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya Azman Adam berkata kesemua mereka yang berumur antara 18 dan 45 tahun itu, ditahan ketika berada di premis dua tingkat yang dijadikan stor pada serbuan kira-kira 11.30 pagi.
"Stor tersebut dikenal pasti sebagai tempat melakukan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi paket 1 kilogram (kg) yang dipindahkan ke dalam bekas minyak masak industri bukan bersubsidi.
"Hasil pemeriksaan ke atas premis itu kita menemukan 36 unit tangki fiber berkapasiti 1,000 liter dan berisi minyak masak kira-kira 31,500 kg bersama peralatan bagi memindahkan minyak masak itu," katanya pada sidang media di Pejabat Stor Ekshibit KPDNHEP Melaka di Krubong, di sini pada Selasa.
Beliau berkata hasil maklumat risikan penguat kuasa KPDNHEP mendapati sindiket terbabit telah beroperasi hampir dua bulan dengan mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi paket 1kg daripada beberapa pemborong berlesen di sekitar Lembah Klang.
Azman berkata minyak masak bersubsidi paket 1kg itu kemudiannya dileraikan dan dikumpulkan di dalam tangki fiber berkapasiti 1,000 liter untuk dipasarkan pada harga bukan subsidi.
"Kami juga akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan pihak-pihak lain yang terlibat dalam rantaian pengedaran minyak masak ini termasuk sumber bekalan minyak masak tersebut diperoleh berdasarkan jenama minyak masak yang ditemukan di tempat kejadian.
"Lapan suspek itu ditahan reman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961 di bawah peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974," katanya.
Tambahnya kes itu juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA) 2001 bagi memberi kesan kepada mana-mana penjenayah dan sindiket penyelewengan yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
Azman menunjukkan tangki minyak yang dirampas selepas sidang media di Pejabat Stor Ekshibit KPDNHEP Melaka di Krubong malam tadi. --fotoBERNAMA
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.
Sindiket minyak masak subsidi tumpas, 15 ditahan di Selangor
Sejumlah 14,340 kg minyak masak bersubsidi disita, ditemui tersimpan dalam tangki Intermediate Bulk Container.
KPDN kaji mekanisme jejak rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi
KPDN sedang mengkaji mekanisme untuk menjejaki rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi termasuk penggunaan nombor kumpulan pada setiap peket.
KPDN Kelantan rampas lebih 8,000 kg minyak masak seludup
Sebanyak 8,534 kilogram minyak masak bersubsidi dan tiga kenderaan disita dalam operasi bersepadu antara KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor semalam.
KPDN Kelantan gagalkan cubaan seludup minyak masak bersubsidi
KPDN Kelantan merampas 731 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi dipercayai untuk diseludup ke negara jiran di Chabang Tiga, Pengkalan Chepa, di sini semalam.
Pasar raya diserbu simpan minyak masak bersubsidi lebih had
Bahan kawalan itu juga dipercayai dijual kepada pekerja asing pada harga lebih mahal bagi mengaut keuntungan.
Tiada larangan warga asing beli minyak masak bersubsidi - Armizan
Tiada larangan untuk warga asing membeli minyak masak peket bersubsidi namun mereka tertakluk kepada had pembelian sama seperti rakyat Malaysia.
KPDN tahan dua pemilik restoran salah guna minyak masak bersubsidi
KPDN Kuala Lumpur menahan dua pemilik restoran berkonsepkan Asia Selatan kerana disyaki menyalahgunakan minyak masak bersubsidi.
Aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi di Rawang tumpas
Modus operandi sindiket adalah dengan membeli minyak masak paket 1kg bersubsidi, kemudian dipindahkan ke dalam sebuah tangki dan dibotolkan semula.
Proses rasionalisasi minyak masak bersubsidi pastikan agihan secara adil - Salahuddin
Langkah itu juga penting untuk memastikan pengagihan minyak masak bersubsidi dapat dilakukan secara adil di semua peringkat.