KUALA LUMPUR:Kerajaan akan menggembleng usaha untuk memulihkan situasi di Malaysia sebaik dan secepat mungkin, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam Perutusan Sempena Tahun Baharu malam ini, beliau menggariskan lima keutamaan kerajaan pada tahun 2021 dalam satu strategi bersepadu pemulihan negara pasca COVID-19.

Berikut adalah tumpuan kerajaan:

1) Mempertingkatkan tahap kesihatan awam melalui perolehan bekalan vaksin COVID-19 dan melancarkan program vaksinasi di seluruh negara.

2) Memperkukuh ekonomi prihatin rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi negara pasca COVID-19 melalui pelaksanaan Belanjawan 2021 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

3) Memastikan kestabilan politik dan kerajaan termasuk tadbir urus yang baik sebagai asas kepada pemulihan ekonomi yang mampan.

4) Menjamin kedaulatan negara terpelihara dan kedudukan Malaysia di persada antarabangsa diperhebat.

5) Memperkukuh hubungan antara kaum dan agama dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu menentang sebarang ancaman.

Perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena #TahunBaharu2021