Harley-Davidson cukup aktif dalam percubaan untuk menjadikan jenama ini lebih ‘muda’, dan pelancaran model 750 dengan penggayaan ‘Dark Custom’menjadikannya lebih kukuh. Datuk Wira Hj. SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, pengerusi eksekutif kumpulan dan CEO kumpulan, Naza World Group of Companies berkata, “Rekaan Harley-Davidson Street 750 timbul daripada tradisi memperkenalkan sebuah motorsikal di dalam cara paling minimal, serta membiarkan semangat memberontak motorsikal tersebut timbul.”

Dan resepi ini cukup menjadi – model 750 ini telah membantu Harley-Davidson menjadi jenama nombor satu untuk orang muda di negara Amerika Syarikat sejak enam tahun dahulu.

Street 750 dipasang enjin Revolution X, V Twin 749cc yang direka untuk kawasan bandar, mempunyai kelincahan tinggi dan bunyi yang ianya memang sebuah Harley-Davidson. Output adalah 56hp dan 59Nm.

Ia juga merupakan enjin paling baharu daripada Harley sejak 14 tahun lepas. Penggunaan pendinginan cecair menjadikan ia lebih tahan tidak kira di dalam cuaca panas ataupun di dalam kesesakan. Kotak gear adalah jenis enam kelajuan.

Di samping itu, Naza Prestige Bikes Sdn. Bhd. juga akan membawa dunia ‘customisation’ ke peringkat lebih tinggi dengan memperkenalkan Naza World Customs. Di sini, pakar-pakar Harley-Davidson yang terlatih mampu untuk memberi khidmat ‘custom’ kepada motorsikal Harley anda, menjadikannya unik berdasarkan citrasa pemilik masing-masing.

Harley-Davidson Street 750 ini berharga RM62,888 (termasuk GST) dengan waranti 2 tahun, dan 3 tahun atau 80,000km (waranti tambahan).

(Klik untuk galeri penuh)