awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Studio filem milik pengarah 'Avengers: Endgame' guna AI bantu artis berkarya

Amanz
Amanz
17/03/2025
04:00 MYT
Studio filem milik pengarah 'Avengers: Endgame' guna AI bantu artis berkarya
Anthony dan Joe Russo sedang menguji penggunaan AI untuk membantu artis menghasilkan karya dengan kos lebih rendah tanpa menggantikan mereka sepenuhnya. -Amanz
PENGGUNA kecerdasan buatan (AI) dalam industri kreatif ialah isu yang sensitif.

Ringkasan AI
  • Penggunaan AI dalam industri kreatif adalah isu sensitif, dengan artis di Amerika Syarikat mogok untuk melindungi hak mereka.
  • Anthony dan Joe Russo sedang menguji penggunaan AI untuk membantu artis menghasilkan karya dengan kos lebih rendah tanpa menggantikan mereka sepenuhnya.
  • Studio Agbo, ditubuhkan oleh Russo bersaudara, sedang membangunkan model dan perisian AI sendiri untuk mengubah cara filem dihasilkan.

Di Amerika Syarikat, artis sanggup mogok selama beberapa bulan bagi memastikan wajah serta suara mereka tidak dihasilkan semula menggunakan AI selepas mereka meninggal dunia.
Di Malaysia pula penggunaannya oleh KRU dalam sebuah muzik video langsung tidak mendapat perhatian.
Anthony dan Joe Russo ialah pengarah filem Avengers: Endgame, dan menerusi studio yang ditubuhkan mereka ingin mengubah bagaimana AI digunakan oleh golongan kreatif.
Studio Agbo ditubuhkan pada tahun 2017 sebagai sebuah studio produksi tradisional.
Dalam temu ramah bersama Wall Street Journal, Russo bersaudara mendedahkan mereka sedang menguji bagaimana AI boleh digunakan untuk membantu artis.
AI akan digunakan untuk mempercepatkan proses penghasilan karya yang masih memerlukan input artis dan bukannya menggantikan mereka sepenuhnya.
Tambah mereka lagi, ini ialah bagi membolehkan semua artis menghasilkan karya pada kos yang lebih rendah berbanding sedia ada.
Satu kenyataan yang agak ironik memandangkan filem terkini mereka Electric State untuk Netflix dilaporkan menelan belanja lebih $300 juta.
Kesemua model dan perisian AI yang digunakan di Agbo dibangunkan sendiri tanpa bantuan luar.
Apakah sebenarnya dilakukan oleh Agbo masih lagi dirahsiakan ketika ini cuma menurut Russo bersaudara akan mengubah bagaimana filem dihasilkan. -Amanz
Topic Berkaitan
#AI dalam industri kreatif
#kecerdasan buatan
#Anthony Russo
#Joe Russo
#Studio Agbo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan