awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Agong pada Istiadat Pembukaan Parlimen
Ketahanan bateri EV semakin baik, kajian tunjuk purata hayat cecah 13 tahun
Melaka umum cuti khas kepada penjawat awam pada 1 Ramadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami, anak urus jenazah Nadia Kesuma di Jeddah, kebumi selepas solat Subuh

Astro Awani
Astro Awani
19/01/2026
02:30 MYT
Suami, anak urus jenazah Nadia Kesuma di Jeddah, kebumi selepas solat Subuh
Prof Dr Muhammad Kamarul berkongsi gambar jenazah isteri beliau, Nadia Kesuma yang sudah siap dikafankan dan menanti masa untuk dikebumikan. - Gambar Facebook Muhammad Kamarul Kabilan
KUALA LUMPUR: Suami kepada pelakon Nadia Kesuma, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah memaklumkan, jenazah isterinya akan dikebumikan selepas solat Subuh (waktu tempatan), hari ini.
"Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah dan kawan arwah) dan sudah disembahyangkan, dan diimamkan sendiri oleh saya.
"Alhamdulillah. Jenazah akan dikebumikan selepas Subuh (sekarang 1.33 am, waktu Jeddah). Subuh jam 5.44 am (10.44 pagi waktu Malaysia)," kata Muhammad Kamarul dalam hantaran di akaun Facebooknya, pagi ini.
Muhammad Kamarul dan Sarah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah, Arab Saudi pada jam 5.35 petang semalam bagi menguruskan pengebumian Nadia di negara itu.
Tanda tanya mengenai kehilangan pelakon Nadia Kesuma sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah terungkai apabila wanita itu dilaporkan sudah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.
Semalam, Muhammad Kamarul berkongsi berita duka yang isterinya menghembuskan nafas terakhir di Jeddah pada 15 Januari lalu.
Nadia Kesuma atau nama sebenarnya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, merupakan antara 21 peserta yang menyertai kumpulan umrah dan ziarah bersama sebuah agensi pelancongan bermula 14 hingga 28 Januari ini.
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#Nadia Kesuma
#umrah
#Jeddah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan