awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami balun isteri dengan ekzos motosikal

Radhi Muslim
Radhi Muslim
08/03/2019
04:22 MYT
Suami balun isteri dengan ekzos motosikal
Difahamkan, suspek turut menumbuk isterinya, 36 tahun, berkali-kali sehingga cedera termasuk lebam-lebam dan bengkak di muka. - Foto Astro AWANI
Seorang lelaki diberkas polis di Ladang Matamba, Tungku, pada Khamis, selepas disyaki 'membalun' isterinya dengan ekzos motosikal dalam satu kejadian di rumah kongsi, Ladang Bagahak, Tungku, pada Rabu lalu.
Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, suspek berusia 29 tahun yang merupakan suami mangsa dilaporkan ditahan di hadapan sebuah rumah kongsi selepas melarikan diri ke ladang berkenaan.
Difahamkan, suspek turut menumbuk isterinya, 36 tahun, berkali-kali sehingga cedera termasuk lebam-lebam dan bengkak di muka.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, kejadian berlaku pada Rabu lalu kira-kira jam 3.30 petang di rumah mereka, Ladang Bagahak.
"Siasatan awal mendapati, sebelum kejadian suspek memarahi anak mereka dan mangsa mempertahankan anak mereka.
"Suspek berang lalu mengambil sebatang ekzos motosikal lalu memukul belakang dan menumbuk muka serta badan mangsa.
"Wanita itu dilaporkan cedera bengkak dan lebam pada mata, pecah bibir, lebam lengan dan bengkak belakang badan," katanya ketika dihubungi, pada Jumaat.
Nasri berkata, mangsa dan anak mereka kemudiannya melarikan diri ke rumah ketua kampung sejurus kejadian.
"Tidak lama kemudian, suspek datang dan terus memukul serta menumbuk muka mangsa bertubi-tubi.
"Ketua Kampung akhirnya berjaya meleraikan kejadian dan suspek melarikan diri ke ladang lain.
"Mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan suspek berjaya ditahan pada semalam (Jumaat)," katanya.
Katanya, ekzos motosikal yang disyaki digunakan suspek memukul mangsa turut berjaya dirampas dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#anak
#ekzos motosikal
#isteri
#Kanun Keseksaan
#keluarga
#pukul
#siasatan
#suami
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan