KUALA LUMPUR: Seorang wanita direman lima hari bermula semalam hingga Ahad ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata suspek berusia 33 tahun itu direman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Beliau berkata wanita itu ditahan di kediamannya di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor pada Selasa lepas selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi sebuah video yang diperoleh daripada individu tidak dikenali.
"Sejurus laporan dibuat, pasukan polis telah menahan wanita itu dan merampas telefon bimbit yang disyaki digunakan untuk merakam video berkenaan.
"Siasatan mendapati mangsa merupakan anak ketiga daripada lima beradik. Kejadian itu dipercayai berlaku di dalam bilik di rumah suspek pada November tahun lepas," katanya ketika dihubungi Bernama TV hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suami wanita terbabit sedang menjalani hukuman penjara manakala wanita itu negatif terhadap dadah.
Ramli berkata kesemua anak suspek yang berusia sembilan hingga 17 tahun kini berada di bawah jagaan JKM.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2023
Wanita itu ditahan di kediamannya di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor pada Selasa lepas selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kanak-kanak mangsa dera ditemui kelaparan, minta makanan
Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui dalam keadaan kelaparan dengan kesan kecederaan di seluruh badan disyaki akibat didera, di sebuah pangsapuri di Mengelembu.
Kanak-kanak perempuan usia setahun positif dadah, ibu ditahan
Seorang wanita ditahan susulan kes seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan anak suspek berusia 1 tahun 10 bulan, disyaki positif dadah.
Suami di penjara, wanita ditahan disyaki laku amang seksual fizikal terhadap anak lelaki
Seorang wanita direman lima hari bermula semalam hingga Ahad ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun.