awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami Eda Ezrin, tiga rakan pulang ke Kelantan

Sinar Harian
Sinar Harian
08/08/2025
04:45 MYT
Suami Eda Ezrin, tiga rakan pulang ke Kelantan
Kesemua mereka melalui proses yang sama seperti Eda Ezrin, iaitu dihantar oleh kakitangan Jabatan Imigresen Thailand dan diserahkan kepada Polis Kelantan.
KOTA BHARU: Suami kepada penyanyi wanita terkenal Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, bersama tiga rakannya dihantar pulang ke Kelantan pada Jumaat.
Kesemua mereka, iaitu Mohd Affendi Ahmad, 35; Eridieka Mohd Noor, 33; Zuhaira Nasrin, 26; dan Mohamad Alif Deraman, 33, tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang pada jam 11.15 pagi.
Ahli keluarga ketika dihubungi memaklumkan bahawa setakat ini kesemua mereka masih berada di ICQS Rantau Panjang dan akan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk diambil keterangan.
Kesemua mereka melalui proses yang sama seperti Eda Ezrin, iaitu dihantar oleh kakitangan Jabatan Imigresen Thailand dan diserahkan kepada Polis Kelantan.
Sejak pagi tadi, ahli keluarga telah menunggu di luar Pejabat Imigresen Sungai Golok bagi mendapatkan perkembangan dan menantikan kepulangan ketiga-tiga individu terbabit.
Sinar Harian pada Khamis melaporkan bahawa hanya Eda Ezrin dan rakannya, Nur Aida Mamat, 33, dibenarkan pulang ke Kelantan.
Bagaimanapun, suami Eda Ezrin, Mohd Affendi, serta tiga rakannya masih berada di Depot Tahanan Imigresen Golok bagi urusan dokumentasi sebelum dibenarkan pulang.
Terdahulu, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya daripada tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat pada Rabu.
Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam pada hari yang sama. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Eda Ezrin
#kes dadah
#Thailand
#suami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan