awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri abai anak tidur di kaki lima rumah ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
11/07/2024
21:50 MYT
Suami isteri abai anak tidur di kaki lima rumah ditahan
Kedua-dua suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama lima hari mulai Rabu hingga Isnin depan. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Pasangan suami isteri ditahan selepas disyaki melakukan pengabaian anak lelaki mereka yang berusia 13 tahun daripada memasuki rumah sehingga terpaksa tidur di kaki lima perumahan flat keluarga berkenaan di Pasir Gudang dekat sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, pasangan yang berusia 54 dan 56 tahun itu ditahan jam 10.30 malam kerana didapati mengabaikan remaja terbabit sejak 7 Julai lalu.
Mohd Sohaimi berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kes terbabit hasil video tular di laman facebook Group Komuniti Taman Air Biru sebelum diselamatkan anggota polis pada Rabu.
"Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod jenayah lampau, namun ujian saringan awal air kencing kedua-dua mereka negatif dadah.
"Kedua-dua suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama lima hari mulai Rabu hingga Isnin depan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#abai anak
#suami isteri ditahan
#reman
#anak tidur di kaki lima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan