Sepasang suami isteri antara enam yang ditahan dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di sekitar bandaraya ini.
Taktik terbaharu yang digunakan pasangan ini bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa ialah dengan menyewa sebuah rumah untuk menjalankan kegiatan membungkus serta mengedar dadah.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, pasangan berkenaan ditahan susulan tangkapan seorang lelaki di tepi jalan di Jalan Lencong Barat, dekat sini sekitar pukul 4.20 petang semalam.
Beliau berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan ketika memandu kereta mewah dan hasil pemeriksaan menemui satu paket plastik lutsinat dadah jenis heroin seberat 455 gram.
Hasil soal siasat ke atas suspek lelaki itu, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar yang diketuai Asisten Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim telah menyerbu rumah pasangan suami isteri terbabit di Taman Seri Impian.
"Suami berumur 44 tahun (manakala) isteri 40 tahun dan kita rampas dadah dalam bentuk paket teh Cina yang beratnya seberat 1,036 gram yang kita syaki dadah syabu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.
Zainuddin berkata, susulan tangkapan itu, anggotanya menahan dua lelaki lagi berusia 37 dan 42 tahun ketika sedang menunggang dua buah motosikal pada jam 7.30 malam di tepi jalan berhampiran sebuah sekolah di Pokok Sena.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas mereka menemui tiga bungkusan plastik berisi ketulan mampat disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 3,106 gram.
Hasil semakan rekod mendapati, empat suspek lelaki mempunyai rekod kesalahan lampau termasuk kes dadah dan ujian saringan awal mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methapetamine.
Manakala, isteri salah seorang suspek yang ditahan didapati negatif dadah dan tidak mempunyai rekod sebelum ini.
Zainuddin berkata, kesemua dadah terbabit dirampas dan bernilai RM188,000.
Beliau berkata, selain itu, pihaknya turut menyita sebuah kereta yang membabitkan keseluruhan nilai sitaan berjumlah RM45,516.
Kesemua suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 2 Ogos depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang mana sabit kesalahan boleh dihukum gantung.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jul 27 2020
Zainuddin Yaacob menunjukkan antara barangan rampasan dalam sidang media di Alor Setar pada Isnin. - Gambar Astro AWANI
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.
Suami sempat lindung isteri dan anak sebelum maut dihempap pokok
Tindakan suami menghulurkan tangan berjaya menyelamatkan isteri dan anak sebelum maut selepas kenderaan yang dipandu dihempap sebatang pokok.
Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000
Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial telah dipenjara satu hari dan didenda RM4,000.
Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali
Penganut Hindu di negeri ini mengambil kesempatan cuti hujung minggu hari ini untuk melakukan persiapan akhir dengan membeli barangan keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali esok.
Polis kesan ‘Datuk’ kes penipuan lebih RM1 juta
Datuk palsu perdaya mangsa dengan tawaran perniagaan rakan kongsi yang tidak wujud.
Rasuah: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari
Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah.
Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan - Setiausaha Akhbar
Salahuddin kini menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Kerajaan Perpaduan akan pastikan nasib pesawah terbela, pendapatan meningkat - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan akan memastikan nasib pesawah padi terbela dengan meningkatkan pendapatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiga beranak melecur, kereta meletup dan terbakar
Tiga beranak melecur selepas kereta yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Alor Setar.