awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri antara tiga ditahan miliki, edar ganja

Bernama
Bernama
01/10/2024
14:23 MYT
Suami isteri antara tiga ditahan miliki, edar ganja
Sepasang suami isteri antara tiga individu ditahan disyaki memiliki 14.4 kilogram dadah jenis ganja dianggar bernilai RM49,200 di tepi jalan Taman Wahyu, Gual Nering, Rantau Panjang, Rabu lepas. - Foto hiasan
KOTA BHARU: Sepasang suami isteri antara tiga individu ditahan disyaki memiliki 14.4 kilogram dadah jenis ganja dianggar bernilai RM49,200 di tepi jalan Taman Wahyu, Gual Nering, Rantau Panjang, Rabu lepas.
Pemangku Ketua Polis Kelantan DCP Mohd Ali Tamby berkata hasil pemeriksaan terhadap lelaki berusia 21 tahun dan isterinya berumur 20 tahun itu menemukan satu bungkusan plastik berisi tumbuhan kering mampat disyaki ganja seberat 882.90 gram.
Beliau berkata hasil soal siasat, polis kemudian merampas dua bungkusan plastik di dalam sebuah kereta yang ditahan di pejabat agensi penguat kuasa sempadan di Rantau Panjang kerana tidak membayar cukai.
"Pemeriksaan mendapati bungkusan terbabit berisi tumbuhan kering mampat disyaki ganja dianggar seberat 13.5 kilogram," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Ali berkata polis turut menahan seorang lelaki berusia 22 tahun di sebuah rumah di Rantau Panjang bagi membantu siasatan kes itu.
Seorang daripada yang ditahan, katanya didapati positif terhadap dadah dan memiliki satu rekod berkaitan dadah manakala kesemua direman seminggu hingga esok bagi siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suami isteri
#ditahan
#edar ganja
#Taman Wahyu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan