awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri didakwa 60 pertuduhan salah guna wang syarikat

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
08/01/2021
09:29 MYT
Suami isteri didakwa 60 pertuduhan salah guna wang syarikat
Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini atas 60 pertuduhan menyalahgunakan wang milik sebuah syarikat pada Julai dan Ogos tahun lalu. - Foto Astro AWANI
BUTTERWORTH:Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini atas 60 pertuduhan menyalahgunakan wang milik sebuah syarikat pada Julai dan Ogos tahun lalu.
Tertuduh, Nor Hasni Edirin Hasan, 41, mengaku bersalah, manakala isterinya, Siti Hajar Hasan Basri, 36, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah, Foon Char Peng.
Kedua-dua mereka didakwa secara bersama, dengan curang menyalahgunakan wang milik syarikat Mandy Corporation Sdn Bhd yang berjumlah RM191,312.70.
Mengikut pertuduhan kesalahan didakwa dilakukan di beberapa buah bank di daerah Seberang Perai Utara di antara 4 Julai hingga 11 Ogos 2020.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.
Jika disabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara selama enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norliza Ab. Aziz dan Asma' Amira Shahidan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM360,000 iaitu RM3,000 bagi setiap pertuduhan setiap seorang.
Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 2 Februari depan.
Topic Berkaitan
#salah guna wang
#suami isteri
#Mahkamah Majistret Butterworth
#Nor Hasni Edirin Hasan
#Siti Hajar Hasan Basr
#Mandy Corporation Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan