CAMERON HIGHLANDS: Sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai akibat terkena renjatan arus elektrik di dalam bilik air di sebuah rumah di Taman Puncak Tringkap, Brinchang di sini pagi tadi.
Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya menerima panggilan dari orang awam kira-kira 9.45 pagi, dan sebaik tiba di lokasi kejadian menemui kedua-dua mangsa yang terbaring di bilik air di tingkat 2, rumah jenis pangsapuri lima tingkat tersebut.
"Sampai di tempat kejadian, kami mendapati masih ada arus letrik di sekitar bilik air dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), telah dipanggil untuk membantu mematikan arus letrik rumah.
"Siasatan awal menemui kesan terbakar di tapak tangan isteri, 35, dipercayai terkena arus elektrik sewaktu cuba membantu suaminya, 46, yang sedang mandi menggunakan pemanas air semasa kejadian berlaku," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata menurut saksi, iaitu anak perempuan mangsa, 10, ketika kejadian ibunya sebelum itu meminta pertolongan dari bilik air supaya mengambil kayu yang dipercayai untuk digunakan sebagai penebat arus letrik, bagi membantu bapanya yang terkena renjatan letrik pada masa itu.
Ramli berkata siasatan lanjut mendapati kedua-dua mangsa berasal dari Sarawak dan bekerja sebagai buruh kebun, selain mempunyai tiga orang iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan dengan lingkungan umur dua hingga 10 tahun.
"Kedua-dua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Tanah Rata untuk bedah siasat, manakala ketiga-tiga anak pasangan tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan urusan kebajikan anak-anak mangsa," katanya dan menambah tiada unsur jenayah yang berlaku dan siasatan lanjut masih diteruskan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022
Sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai akibat terkena renjatan arus elektrik di dalam bilik air di sebuah rumah di Taman Puncak Tringkap, Brinchang pagi tadi. - Foto Sinar Harian/Bomba Pahang
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pokok
Polis berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dari arah Jeli ke Dabong.
Suami isteri mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Abdul Azim Mohd Yasin dan Sharifah Faraha Syed Husin membuat pengakuan itu sebaik saja pertuduhan dibaca secara berasingan kepada mereka di hadapan hakim.
Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas
Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada Jumaat.
Suami isteri bunuh anak terlepas hukuman mati, penjara 30 tahun
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail mengarahkan hukuman pemenjaraan tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 26 Mei 2017.
Suami isteri berputih mata wang simpanan RM32,000 lesap dilarikan dua lelaki
Sepasang suami isteri kerugian RM32,000 apabila wang simpanan mereka dilarikan oleh dua lelaki dari bilik sewa didiami di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, minggu lepas.
Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, tahan empat suspek termasuk suami isteri
Empat rakyat tempatan termasuk pasangan suami isteri yang merupakan ahli sindiket pengedaran dadah, ditahan bersama 21 kilogram (kg) ganja bernilai RM66,000 dalam tiga serbuan di sekitar Georgetown.
Berebut harta, suami isteri mati dibunuh
Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, Manjung pada Selasa.
Suami isteri lagak samseng di Jambatan Pulau Pinang dihukum
Sepasang suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan menakutkan secara jenayah yang dilakukan kepada dua lelaki.
Suami isteri direman seminggu bantu siasatan kes seleweng wang zakat MAIPk
Pasangan suami isteri yang ditahan kerana disyaki menyeleweng kutipan zakat MAIPk berjumlah RM9.62 juta, direman tujuh hari.
Suami isteri ditemukan meninggal dunia di rumah
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 12.49 tengah hari.