awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri ditemui maut dengan kesan kelaran di leher

Bernama
Bernama
02/06/2013
23:09 MYT
Suami isteri ditemui maut dengan kesan kelaran di leher
Seorang suami ditemui mati dipercayai dibunuh manakala isterinya meninggal dunia di Hospital Manjung selepas ditemui dengan kesan kecederaan teruk di luar rumah mereka di Kampung Ayer Tawar, dekat Seri Manjung, kira-kira 80km dari sini, pada Ahad.
Mayat K. Ashahkumar, 36, ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah berkenaan dengan kesan kecederaan di bahagian leher manakala isterinya V.Panumathy, 38, yang mengalami kecederaan sama ditemui terlantar di bahagian luar rumah.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan ketika dihubungi berkata kejadian itu disedari oleh jiran mereka pada pukul 1 pagi sebelum melaporkan kepada polis.
Beliau berkata si suami temui mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk manakala si isteri meninggal dunia di hospital.
Beliau berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan tidak menolak kemungkinan berlaku pergaduhan antara pasangan itu atau melibatkan jenayah samun.
Topic Berkaitan
#bunuh
#Ipoh
#jenayah
#kelar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan