BEAUFORT : Sepasang suami isteri yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu akibat sesat di hutan akhirnya ditemui selamat di tanah perkuburan Kampung Pimping, Membakut, di sini, awal pagi Selasa.
Mangsa Amir Hamjah Abdul Kahfi dan isterinya Rita Hijiyah Mohd Syuaib masing-masing berusia 43 tahun ditemui kira-kira jam 7.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, kedua-dua mangsa dilaporkan hilang oleh anak perempuan mereka pada Isnin.
"Menurut pengadu, kedua ibu bapanya telah pergi ke Kampung Ulu Binsuluk, Membakut, pada Sabtu lalu dengan menaiki kereta mereka untuk melihat tanah yang ingin dibeli.
"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa tidak pulang ke rumah dan juga tidak dapat dihubungi sebelum bertindak melaporkan kehilangan mereka kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Selasa.
Katanya lagi, usaha mencari orang hilang segera dilakukan dan hasil pemeriksaan menemui kenderaan yang digunakan mangsa di lokasi kejadian.
"Hasil pemeriksaan, kenderaan jenis Perodua Alza yang dinaiki mangsa berada di tepi jalan Kampung Ulu Binsuluk, Membakut dalam keadaan berkunci.
"Usaha mencari mangsa digerakkan termasuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM)," katanya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Tue Feb 01 2022
Mangsa (kanan) dan isterinya (dua dari kiri) ditemukan dalam keadaan selamat selepas tersesat di hutan di Kampung Pimping, Membakut, Beaufort. - Foto Sinar Harian
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Suami isteri hilang tiga hari ditemui di tanah perkuburan
Mangsa Amir Hamjah Abdul Kahfi dan isterinya Rita Hijiyah Mohd Syuaib masing-masing berusia 43 tahun ditemui kira-kira jam 7.30 pagi.