awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri maut, anak parah, kemalangan van dan pacuan empat roda

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
31/03/2023
22:30 MYT
Suami isteri maut, anak parah, kemalangan van dan pacuan empat roda
Pasangan suami isteri maut manakala anak mereka cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah van dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 41.2 Jalan Baru Kulim - Baling, pada Jumaat. - Foto ihsan PDRM
BALING: Pasangan suami isteri maut manakala anak mereka cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah van dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 41.2 Jalan Baru Kulim - Baling, pada Jumaat.
Mangsa yang maut pemandu van, Saiful Azmi Mohd Razali, 35, dan penumpang hadapan Sailulhayati Mat Isa, 36, apabila mengalami kecederaan parah akibat tersepit di tempat duduk.
Manakala anak pasangan itu Amar Rizqi Saiful Azmi berusia 2 tahun parah selepas melecur tangan sebelah kiri dan cedera di kepala.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, dalam kejadian jam 10.15 malam itu van jenis Nissan yang dinaiki pasangan suami isteri itu sedang bergerak dari arah Baling menghala ke Kulim.
“Setiba di lokasi kejadian pemandu van dipercayai telah hilang kawalan lalu terlanggar tembok jambatan di sebelah kiri jalan sehingga mengakibat kenderaan itu berpusing.
“Dan ketika itu pacuan empat roda jenis Isuzu yang dipandu seorang lelaki yang juga Guru Sekolah Kebangsaan Malau, berusia 43 tahun yang berada di belakang tidak sempat mengelak dan terlanggar di bahagian hadapan sebelah kiri van terbabit,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Shamsudin berkata, akibat daripada kemalangan tersebut pemandu van telah maut di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia semasa sedang dirawat di Unit Kecemasan Hospital Kulim.
Katanya, anak pasangan itu serta pemandu pacuan empat roda terbabit dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.
Mayat pasangan itu kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Shamsudin berkata, kes siasat kes di mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#suami isteri maut
#anak parah
#pacuan empat roda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan