awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri maut, anak parah, MPV rempuh jentera pengorek tanah di Kuantan

Bernama
Bernama
26/10/2024
04:25 MYT
Suami isteri maut, anak parah, MPV rempuh jentera pengorek tanah di Kuantan
Sepasang suami isteri maut, manakala anak mereka cedera parah apabila kereta dinaiki tiga sekeluarga berkenaan merempuh jentera pengorek tanah berhampiran kem TUDM Batu 10, Jalan Kuantan-Maran, di sini, awal pagi tadi. - Gambar JBPM Pahang
KUANTAN: Sepasang suami isteri maut, manakala anak mereka cedera parah apabila kereta dinaiki tiga sekeluarga berkenaan merempuh jentera pengorek tanah berhampiran kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Batu 10, Jalan Kuantan-Maran, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pesara bomba Mohd Fadli Mohd Abidin, 42, yang juga pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Xpander dan isterinya, Rohafiza Taha, 50, seorang guru disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku kira-kira 2 pagi ketika MPV berkenaan sedang dalam perjalanan dari arah Gambang menghala ke Kemaman.
"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta MPV berkenaan tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar jentera pengorek tanah yang diletakkan di bahu jalan.
"Akibat kemalangan itu, pasangan suami isteri berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya seorang pelajar sekolah, Mohd Osman Wafi Mohd Fadli telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Mohd Zahari berkata, anak mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala masih belum sedarkan diri dan ditempatkan di Zon Merah HTAA.
Menyentuh mengenai keadaan jalan semasa nahas berkenaan, beliau berkata, tahap pencahayaan gelap dan tiada lampu jalan pada waktu malam serta cuaca dalam keadaan baik.
"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pemandu MPV yang gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan ini berlaku. Bedah siasat mangsa dilakukan pagi ini, sekitar 8 pagi," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#MPV rempuh
#jentera pengorek tanah
#Jalan Kuantan-Maran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan