awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa dilapor bergelut dengan kanser pundi hempedu
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri maut kemalangan dua kenderaan di Lipis

Bernama
Bernama
26/07/2024
03:10 MYT
Suami isteri maut kemalangan dua kenderaan di Lipis
Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu pacuan empat roda melanggar lampu isyarat merah.
KUANTAN: Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di KM350 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, berhampiran lampu isyarat Jalan Lingkaran Tengah (CSR) Raub, Batu 3, Lipis malam tadi.
Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abdul Rahman berkata nahas yang berlaku kira-kira pukul 10.20 malam itu menyebabkan Muhamad Anasar Kamarozaman, 34, pengawal keselamatan sekolah dan isterinya, Zalina Ali, 40, pembantu kedai kasut meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata dua anak pasangan itu yang turut berada di dalam kenderaan jenis Proton Wira yang dipandu mangsa serta pemandu pacuan empat roda terbabit mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Raub untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pasangan suami isteri bersama dua anak mereka dalam perjalanan balik ke Dong dari arah susur keluar CSR Raub.
"Semasa kereta mereka hendak meneruskan perjalanan selepas lampu isyarat bertukar hijau, tiba-tiba datang kenderaan pacuan empat roda dari arah Lipis hendak ke Raub melanggar kereta mangsa dari arah tepi kanan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu pacuan empat roda melanggar lampu isyarat merah dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal
#bertembung
#suami isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan