awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri maut kereta terbabas

Sinar Harian
Sinar Harian
01/09/2022
05:44 MYT
Suami isteri maut kereta terbabas
Kemalangan di KM292.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Gopeng tengah malam tadi melibatkan Perodua Myvi yang terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar tiang papan tanda jalan. - Foto JBPM Perak
GOPENG: Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 292.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini pada Rabu.
Dalam kejadian sekitar jam 12 tengah malam itu, mangsa Tsia Kwai Weng, 61 dan isterinya, Hooi Lai Kwean, 53, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami mereka.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamed Nazri Daud berkata, laporan awal kemalangan diterima melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
"Pemandu mengalami cedera parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Penumpang kereta pula telah disahkan maut di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat," katanya di sini pada Khamis.
BACA: Wanita 50-an maut, kereta dinaiki terbabas langgar tiang papan tanda jalan
Menurutnya, mangsa pertama kemudiannya dilaporkan meninggal dunia pada jam 5.40 pagi semasa menerima rawatan di HRPB.
"Mayat dibawa ke Jabatan Forensik HRPB. Bedah siasat kedua-kedua mangsa akan dijalankan pagi ini.
"Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#suami isteri maut
#kereta terbabas
#Lebuhraya Utara-Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan