awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita 50-an maut, kereta dinaiki terbabas langgar tiang papan tanda jalan

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
01/09/2022
00:34 MYT
Wanita 50-an maut, kereta dinaiki terbabas langgar tiang papan tanda jalan
Kemalangan di KM292.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Gopeng tengah malam tadi melibatkan Perodua Myvi yang terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar tiang papan tanda jalan. - Foto JBPM Perak
GOPENG: Seorang wanita berusia lingkungan 50-an maut selepas kereta dinaiki terbabas sebelum melanggar tiang papan tanda jalan di Kilometer 292.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat sini tengah malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak memaklumkan, dalam kejadian tersebut, seorang lelaki berusia 60-an yang juga menaiki kenderaan sama, mengalami cedera parah.
Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng menerima maklumat berkenaan kemalangan itu pada jam 12.02 tengah malam sebelum dikerahkan ke tempat kejadian.
“Kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi yang terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar sebuah tiang papan tanda jalan.
“Kemalangan itu mengakibatkan dua mangsa tersepit yang mana salah seorangnya, lelaki, mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dan dada.
“Sementara seorang lagi individu iaitu wanita disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
Tambahnya, anggota bomba berjaya membawa keluar kedua-dua mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat khas.
Ujarnya, mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM sementara mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Nor Zamri A Wahab itu tamat pada jam 1.29 pagi.
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Utara Selatan
#Gopeng
#langgar papan tanda jalan
#JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan