awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri maut kereta terjunam dari tingkat lima

Bernama
Bernama
26/10/2015
05:26 MYT
Suami isteri maut kereta terjunam dari tingkat lima
Kemalangan itu menyebabkan kereta dipandu mangsa jatuh dalam keadaan terbalik manakala tiang pagar telah menembusi bahagian dalam kereta.
Sepasang suami isteri maut apabila kereta yang dipandu suami jatuh menjunam selepas dipercayai melanggar tembok di tempat letak kereta di tingkat lima sebuah bangunan di Taman Duta di sini Ahad malam.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur S. Markandan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.13 malam itu, kereta Perodua Kenari itu terjatuh di atas pagar besi kawasan bangunan itu.
Katanya, Paul William Nunis, 71, pesara Telekom Malaysia dan isterinya Mary Nunis née Rodrigues, 71, pesara Tenaga National Berhad maut di tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati suami isteri berkenaan hadir satu majlis reunion di tempat berkenaan.
"Kereta berkenaan dipercayai telah hilang kawalan dan terus melanggar tembok bangunan tempat letak kereta," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.
Beliau berkata kemalangan itu menyebabkan kereta dipandu mangsa jatuh dalam keadaan terbalik manakala tiang pagar telah menembusi bahagian dalam kereta.
"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#langgar tembok
#majlis reunion
#Perodua Kenari
#polis
#Taman Duta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan