awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri maut motosikal dirempuh SUV

Sinar Harian
Sinar Harian
26/03/2022
21:45 MYT
Suami isteri maut motosikal dirempuh SUV
Sepasang suami isteri maut selepas dirempuh oleh sebuah SUV di Lebuh Raya Utara-Selatan pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh oleh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Kembara dalam kejadian di arah selatan kilometer (km) 458.4 Lebuh Raya Utara Selatan di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, motosikal tersebut dirempuh oleh SUV berkenaan berhampiran kawasan rehat dan rawat (RNR) Restoran Jejantas Sungai Buloh sekitar jam 7.20 pagi.
"Siasatan awal mendapati mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 65 tahun manakala isterinya wanita warga asing berumur 57 tahun.
"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dipercayai dilanggar daripada arah belakang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, wanita warga asing tersebut disahkan maut di lokasi kejadian manakala suaminya meninggal dunia pada jam 3.40 petang ketika menerima rawatan di zon merah Hospital Sungai Buloh.
Mohd Fakhrudin berkata, suspek yang merempuh kedua-dua mangsa sudah ditahan untuk membantu siasatan.
"Sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 0193318339," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hospital Sungai Buloh
#Yamaha LC135
#Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
#Perodua Kembara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan