awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri menangis syukur terlepas hukuman gantung

Sinar Harian
Sinar Harian
26/07/2023
04:50 MYT
Suami isteri menangis syukur terlepas hukuman gantung
Muhammad Yasmi dan isteri, Rossuhili dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah tiga tahun lalu. - Foto Sinar Harian
IPOH: Sepasang suami isteri berpelukan dan menitiskan air mata kegembiraan selepas Mahkamah Tinggi Ipoh melepas dan membebaskan daripada tuduhan mengedar dadah tiga tahun lalu.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed terhadap Muhammad Yasmi Mohammad Yasin, 48, dan isterinya, Rossuhili Ikhsan, 47, pada akhir kes pendakwaan.
Abdul Wahab ketika membaca kesimpulan kehakiman selama kira-kira 40 minit berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie yang ditimbulkan terhadap kedua-dua tertuduh.
Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa mengedar dadah berbahaya dengan berat 19.90 gram iaitu 10.9 gram heroin dan 9.0 gram monoacetyimorphines.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Melati Kampung Sri Klebang, Chemor dalam daerah Kinta sekitar jam 7 malam pada 27 September 2020.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saifulakmal Mod Said manakala pasangan suami isteri itu diwakili Peguam Mohamad Hafiz Jalaludin.
Seramai enam saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang prosiding perbicaraan yang bermula pada Oktober 2022.
Mengikut fakta kes, serbuan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ipoh itu telah menemui sebungkus plastik berwarna hitam di atas lantai rumah.
Turut dirampas alat penimbang digital, satu bungkusan plastik lut sinar mengandungi plastik-plastik lut sinar kosong, tiga anak kunci, bil elektrik dan baju milik kedua-dua tertuduh. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dilepas dan dibebaskan
#edar dadah
#Mahkamah Tinggi Ipoh
#tali gantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan