awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada calon STPM, teruskan usaha lakar kejayaan
DUNIA
Thailand tutup lintasan sempadan dengan Kemboja susulan pertikaian berterusan
DUNIA
Thailand muktamadkan rombakan Kabinet, saringan sedang dijalankan sebelum perkenan diraja - Paetongtarn
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Suami isteri mengaku tidak bersalah aniaya anak sehingga cedera

Bernama
Bernama
24/06/2025
03:30 MYT
Sponsor Banner
Suami isteri mengaku tidak bersalah aniaya anak sehingga cedera
Hakim membenarkan mereka diikat jamin RM20,000 setiap seorang dengan seorang penjamin warganegara berserta syarat tambahan, iaitu perlu melapor diri di balai polis berdekatan pada 1 hari bulan setiap bulan serta tidak dibenarkan mendekati mangsa.
KANGAR: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menganiayai anak perempuan mereka sehingga menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal, minggu lepas.
Kedua-dua tertuduh berumur 37 tahun itu didakwa melakukan perbuatan terbabit terhadap kanak-kanak berusia 10 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Taman Desa Saujana, Arau kira-kira 12.15 tengah hari pada 18 Jun.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid membenarkan pasangan itu diikat jamin RM20,000 setiap seorang dengan seorang penjamin warganegara berserta syarat tambahan, iaitu perlu melapor diri di balai polis berdekatan pada 1 hari bulan setiap bulan serta tidak dibenarkan mendekati dan mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen berkaitan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Poad manakala suami isteri itu diwakili peguam S. Devendran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suami isteri
#Mahkamah Sesyen
#aniaya anak
#Kangar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami