awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri Rohingya dicekup dalang sindiket palsu surat UNHCR

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/09/2023
09:09 MYT
Suami isteri Rohingya dicekup dalang sindiket palsu surat UNHCR
Khairul Amin (tengah) berkata, serbuan dilakukan di kampung berkenaan sekitar jam 10 pagi oleh 36 pegawai Imigresen negeri itu menerusi Ops Serkap selepas menerima aduan awam. - Gambar/ Astro AWANI
KANGAR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar sindiket pemalsuan surat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Simpang Empat, di sini semalam.
Surat itu kononnya memberitahu bahawa pembawanya sudah membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada UNHCR dan ia sedang dalam proses pertimbangan.
Sindiket terbabit yang didalangi pasangan suami etnik sama dipercayai berselindung di sebalik sebuah madrasah pengajian al-Quran kanak-kanak Rohingya di Kampung Permatang Pauh, Simpang Empat.
Pengarah JIM Perlis, Khairul Amin Talib berkata, serbuan dilakukan di kampung berkenaan sekitar jam 10 pagi oleh 36 pegawai Imigresen negeri itu menerusi ‘Ops Serkap’ selepas menerima aduan awam.
"Daripada tujuh rumah yang diperiksa, sebuah rumah yang disewa oleh komuniti Rohingya sebagai madrasah untuk mengajar mengaji kanak-kanak etnik Rohingya didapati turut dijadikan sebagai pusat operasi kegiatan pemalsuan Surat Dalam Proses Pertimbangan Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hasil operasi itu, sebanyak 200 keping Surat Dalam Proses Pertimbangan UNHCR dan 100 keping surat nikah yang dipercayai palsu dalam bentuk digital berjaya dirampas selain dua komputer, dua telefon bimbit, satu pemancu kilat USB, dua unit kad memori (kad SD) dan dua set kad perniagaan.
Khairul Amin berkata turut dirampas ialah dua buku rekod bayaran proses serta wang tunai RM5,300 yang ditemukan disorok di bawah tilam suspek.
"Siasatan awal mendapati suspek mendapatkan pelanggan menerusi platform media sosial dan menghantar dokumen palsu itu dalam bentuk digital dengan mengenakan bayaran RM50. Pelanggan perlu mencetak sendiri dokumen itu," katanya.
Khairul Amin berkata suspek utama disiasat mengikut Seksyen 56(1A) (b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), manakala isterinya ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan reman selama 14 hari bermula semalam.
Topic Berkaitan
#UNHCR
#Rohingya
#palsu surat UNHCR
#jabatan imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan