awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri terpaksa ulang-alik bawa tujuh anak naik motosikal ke PPS

Bernama
Bernama
26/01/2024
16:31 MYT
Suami isteri terpaksa ulang-alik bawa tujuh anak naik motosikal ke PPS
Siti Rodiyah berkata mereka terpaksa berpindah ke PPS kerana rumah dinaiki air separas pinggang akibat hujan lebat berterusan pada Rabu lepas. - Gambar hiasan/FB APM DEBAK
TANAH MERAH: Ismanizam Ibrahim, 42, dan isterinya Siti Rodiyah Zulkifli, 37, sanggup berulang-alik membawa tujuh anak mereka berumur lingkungan setahun hingga 15 tahun menaiki motosikal untuk ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kulim, semalam.
Siti Rodiyah berkata mereka terpaksa berpindah ke PPS kerana rumah dinaiki air separas pinggang akibat hujan lebat berterusan pada Rabu lepas.
"Kami mula berpindah pada 7.30 malam tadi apabila air semakin naik, kami pindah awal sebab risau jalan utama ke PPS tidak boleh dilalui oleh kenderaan... saya dan suami menggunakan dua motosikal untuk membawa tujuh anak ke PPS dengan berulang-alik sebanyak empat kali kerana kami tiada kereta," katanya kepada Bernama di PPS itu hari ini.
Beliau berkata setiap kali tiba musim tengkujuh, mereka akan berpindah ke PPS kerana tinggal di kawasan rendah dan berdekatan dengan sungai.
"Oleh itu, memang kami sudah melakukan persiapan dari awal dan bersiap sedia untuk berpindah apabila berlaku hujan lebat," katanya yang sering menjadi antara mangsa terawal berpindah ke PPS itu.
Siti Rodiyah juga berkata oleh kerana jarak rumahnya dengan sungai hanya kira-kira 100 meter, beliau akan menetap di PPS sekurang-kurangnya empat hari untuk memastikan ia surut terlebih dahulu sebelum pulang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#PPS
#musim tengkujuh
#separas pinggang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan