awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri warga Indonesia ditemui mati dalam kebun buah naga

Bernama
Bernama
12/09/2014
00:30 MYT
Suami isteri warga Indonesia ditemui mati dalam kebun buah naga
Motif kejadian masih belum diketahui dan akan disiasat dari semua sudut, kata pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supt Khoo Leng Huat
Sepasang suami isteri warga Indonesia ditemui mati dalam sebuah pondok di kebun buah naga di Batu 12, Mantin, dekat sini, pada Khamis.
Pasangan itu yang merupakan pekerja ladang buah naga itu yang berumur dalam lingkungan 30-an dipercayai telah dipukul dengan objek keras dan tumpul di kepala.
Mayat mereka telah dijumpai oleh pemilik ladang, Tan Chong Kok, 44, kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.
"Saya datang ke ladang untuk mengambil buah naga. Selalunya saya akan bunyikan hon dan mereka akan keluar untuk memberikan buah naga yang telah dikumpul kepada saya tetapi hari ini setelah banyak kali bunyikan hon, mereka tidak keluar.
Apabila isteri saya ke pondok, dia terkejut kerana mendapati mayat pekerja lelaki itu dalam keadaan tertiarap di atas pangkin tidur di dalam bilik pondok itu dan berdarah di kepala manakala mayat pasangannya pula terlentang di atas lantai dengan cedera dibahagian kepala dan muka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Tan berkata pekerja wanita itu dipercayai sedang mengandung.
Sementara itu, pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supt Khoo Leng Huat berkata butiran penuh kedua-dua mangsa belum diperoleh kerana tiada dokumen dan pengenalan diri dijumpai.
Katanya motif kejadian masih belum diketahui dan akan disiasat dari semua sudut.
"Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bekerja di situ lebih kurang setahun setengah. Punca kematian belum diketahui sehingga bedah siasat dilakukan. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk dibedah siasat. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-7583222 atau pegawai penyiasat DSP Affendy Sulaiman (012-6788174) atau balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#Matin
#pekerja ladang buah
#warga Indonesian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan