Naluri Ruzilan Omar yakin menyatakan isterinya yang juga guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat, Jashiah Rabu yang hilang sejak 12 hari lepas di Taman Seruling di sini, masih selamat.
Ruzilan, 57, berkata ia berikutan penemuan kesan tapak kaki manusia di kawasan berhampiran tebing sungai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) semalam yang memberi harapan isterinya masih berada di sekitar hutan itu.
"Saya difahamkan mereka tidak pasti sama ada kesan tapak kaki Jashiah atau penduduk Orang Asli namun saiz tapak kaki itu menyamai kesan tapak yang ditemui Khamis lepas.
"Kami sekeluarga tidak mempunyai masalah dengannya mahupun sebarang perselisihan faham sebelum dia menghilangkan diri," katanya ketika ditemui pemberita di pusat operasi di sini hari ini.
Katanya Jashiah, 53, juga sering termenung sebelum hilang selain kerap berhalusinasi seolah dirinya diancam bahaya akibat kemurungan yang dialaminya sejak menghidapi penyakit kanser yang hampir memasuki tahap kedua.
"Mungkin dia ada terasa hati dengan kata-kata saya kerana dia cepat tersentuh sejak akhir-akhir ini. Saya sebagai suami yang menyayanginya sangat sedih dan berharap dia ditemui segera," katanya.
Sementara itu, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sungai Perak, Bidor Koperal Mustafa Hussin mendakwa beliau bersama pasukan SAR menemui kesan tapak kaki serta beberapa barangan yang dipercayai digunakan Jashiah di Sungai Selangor pada 12.30 tengah hari semalam.
Menurutnya sebelum itu beliau menemui berus gigi, sepasang telekung berserta biskut di tebing sungai berkenaan yang terletak kira-kira 800-meter dari pusat operasi pada Ahad lepas.
"Ada orang yang melarikan diri dan menyorok apabila menyedari kehadiran pasukan kami ketika itu. Semalam pula saya menemui kesan tapak kaki dan sebatang lilin serta biskut yang diambil dari bekalan makanan yang ditinggalkan pasukan SAR di kawasan berkenaan," katanya.
Beliau yang sempat merakamkan gambar semua penemuan terbabit melalui telefon pintar mendakwa turut menemui najis manusia hari ini kira-kira 80-meter dari kesan tapak kaki yang ditemui semalam.
"Namun siasatan ke atas semua penemuan menunjukkan hasil negatif. Kita mengalami kesukaran menemui mangsa kerana hutan belukar mempunyai keadaan semula jadi yang memudahkan seseorang untuk menyembunyikan diri," katanya yang berpengalaman empat tahun mencari orang hilang.
Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada petang 23 Okt lepas dan apabila suaminya pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di rumah.
Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer.
ROZ MUN NBM
Bernama
Tue Nov 03 2015
Beliau berkata isternya sering berhalusinasi seolah dirinya diancam bahaya akibat kemurungan yang dialaminya sejak menghidapi penyakit kanser yang hampir memasuki tahap kedua. - Gambar Fail
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang guru lelaki berusia 53 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Pahang, berhampiran jeti Chenor, Maran petang tadi.
Guru dipenjara hanya kerana tegur anak polis
Pihak sekolah turut mengesahkan murid tersebut tidak dipukul seperti didakwa, namun tidak diterima ibu bapanya.
Video ajar tulisan jawi, Cikgu Lorenica Frenila raih pujian
Kemahiran dalam penulisan jawi itu diperoleh Lorenica Frenila Masundim ketika menuntut di IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu pada 2010.
Pemimpin dan pentadbir pendidikan disaran kuasai AI
Saifuddin Nasution berkata pengetua, guru besar serta guru perlu sekurang-kurangnya memastikan pelajar mereka tahu mengenai istilah AI.
Guru rugi lebih RM160,000 terperdaya sindiket penipuan panggilan telefon
Seorang guru wanita kerugian lebih RM160,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon, bulan lepas.
Kongres tidak setuju guru tegur sistem pendidikan kembali berkhidmat
Mohd Azizee berkata, tindakan ke atas guru terlibat tidak dilakukan secara tergesa-tergesa dan dengan mudah, sebaliknya telah melalui SOP ketat.
Polis Pahang rekod 45 kes guru jadi mangsa penipuan babitkan kerugian RM1.2 juta
Polis Pahang merekodkan 45 kes guru yang menjadi mangsa penipuan melibatkan kerugian berjumlah RM1.2 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Lelaki berusia 28 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya daripada ibu pejabat sebuah syarikat penghantar barang terkemuka di Kuala Lumpur.