Skip to main content

Politik

PRN Negeri Sembilan: Takiyuddin dakwa kemenangan PH boleh ubah landskap DUN

KOTA BHARU, 7 Nov -- Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen P21 Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika sidang media sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu hari ini.  Setiausaha Agung PAS itu akan menghadapi saingan enam penjuru di kerusi Parlimen Kota Bharu. Beliau akan ditentang oleh Dr Hafidzah Mustakim dari Pakatan Harapan, Datuk Seri Rosmadi Ismail (Barisan Nasional), Andy Tan @ Awang (Parti Rakyat Malaysia), Datuk Dr Che Musa Che Omar (Putra) dan
Bayangkan kalau PH menang lagi, mereka mungkin akan pecahkan DUN yang besar-besar, yang sekarang mungkin diwakili DAP dan Pakatan Harapan, ujar Datuk Seri Takiyuddin.
Advertisement

SEREMBAN: Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berpotensi mengubah landskap politik negeri itu menerusi pertambahan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dakwa Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Setiausaha Agung Pas itu berkata, DUN yang mempunyai jumlah pengundi besar dan kini diwakili PH melibatkan berkemungkinan dipecahkan kepada beberapa kawasan baharu pada masa hadapan.

“Bayangkan kalau PH menang lagi, mereka mungkin akan pecahkan DUN yang besar-besar, yang sekarang mungkin diwakili DAP dan Pakatan Harapan.

“Satu DUN akan menjadi tiga DUN. Jadi, ketiga-tiga DUN ini akan dimenangi oleh mereka,” katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Pimpinan Perikatan Nasional (PN) di Ampangan, di sini, pada Selasa.

Menurut Takiyuddin, keadaan itu didakwa boleh menyukarkan parti lain, khususnya PN, Pas dan Barisan Nasional (BN), untuk membentuk kerajaan negeri pada masa hadapan.

Takiyuddin berkata, Negeri Sembilan ketika ini mempunyai 36 kerusi DUN dan mana-mana gabungan memerlukan sekurang-kurangnya 19 kerusi bagi memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Beliau mendakwa, pertambahan bilangan kerusi DUN pada masa hadapan akan memberi kelebihan kepada PH, sekali gus mengecilkan peluang PN dan Barisan Nasional (BN) untuk mengambil alih pentadbiran negeri.

Untuk rekod, sebarang pertambahan bilangan kerusi DUN tidak berlaku secara automatik, sebaliknya perlu melalui pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Selepas itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menjalankan kajian persempadanan semula mengikut Perkara 113 serta Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan sebelum sebarang kerusi baharu boleh diwujudkan.

Di Negeri Sembilan, pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri pada asasnya memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tertakluk kepada peruntukan yang berkuat kuasa.


 

Must Watch Video

Advertisement