awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami kelar isteri 18 kali kerana minta cerai

Astro Awani
Astro Awani
03/12/2013
00:21 MYT
Suami kelar isteri 18 kali kerana minta cerai
Gambar ilustrasi.
Seorang suami bertindak kejam dengan mengelar isterinya dengan menggunakan pisau lipat, selepas isterinya dilaporkan meminta cerai.
Harian Metro dalam laporannya hari ini menyebut, mangsa Nor Hafazalina Mohd, 30, menerima 80 jahitan ekoran perlakuan tidak berperikemanusiaan suaminya.
Nor Hafazalina ditoreh di pipi, dahi, bibir dan tangan dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Ampangan, di sini pada Jumaat.
Mangsa dikatakan meminta cerai selepas tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang didakwa tidak bertanggungjawab serta kerap keluar masuk penjara.
Menurut laporan Harian Metro, suaminya yang berusia 30-an itu dikatakan seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani.
Hafazalina meminta cerai daripada suami yang dikahwininya hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali.
Lelaki terbabit baru sahaja keluar dari penjara dan memujuk untuk kembali bersama lantas membuatkan Hafazalina menumpangkan suami di rumah berikutan lelaki itu dibuang keluarga ekoran kerap masuk keluar penjara.
Ketika kejadian, dua anak mereka tiada di rumah kerana berada di rumah kakaknya di Seremban.
Selepas dikelar, suaminya berlari keluar dari rumah dan meninggalkannya dalam kesakitan dan berlumuran darah.
Dia dibawa ke hospital oleh beberapa jiran yang mendengar pergaduhan mereka.
Ibu mangsa, Juriah Hashim berkata, menantunya ada menelefon pada malam selepas kejadian dan mengugut suapaya berhati-hati.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Baharuddin Mustapa mengesahkan menerima laporan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.
Topic Berkaitan
#dera isteri
#minta cerai
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan