awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami maut, isteri cedera kemalangan libat tiga kenderaan

Bernama
Bernama
07/01/2025
22:30 MYT
Suami maut, isteri cedera kemalangan libat tiga kenderaan
Kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu sebuah treler dan dua kereta jenis Toyota Avanza dan Proton Saga.
ALOR SETAR: Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah treler di KM37.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Tol Hutan Kampung, di Jitra, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.26 malam sebelum tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.
"Setibanya di lokasi, bomba mendapati kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu sebuah treler dan dua kereta jenis Toyota Avanza dan Proton Saga. Kemalangan menyebabkan pemandu kereta Proton Saga yang berusia 50-an meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isterinya juga berusia 50-an cedera ringan.
"Pemandu kereta Toyota Avanza iaitu lelaki berusia 50-an bersama dua penumpang wanita berusia 20-an serta seorang lelaki berusia 40-an yang memandu treler tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala isteri mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk rawatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas
#treler
#Tol Hutan Kampung
#BBP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan