awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jasamu kami kenang sampai akhir hayat, kata Afnan Hamimi kepada Muhyiddin
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami pukul isteri, anak, ugut simbah petrol selepas ditegur bising

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
08/09/2020
09:10 MYT
Suami pukul isteri, anak, ugut simbah petrol selepas ditegur bising
Suspek direman sehingga 10 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323/18A Keganasan Rumah Tangga dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
Seorang lelaki sanggup memukul isteri dengan penyapu serta mencekik anak perempuannya yang berusia sembilan tahun dipercayai kerana berang apabila ditegur bising di dalam rumah.
Suspek berusia 45 tahun itu turut mengugut untuk menyimbah petrol dan membakar isterinya jika ditegur sekali lagi.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas, berkata kejadian jam 9 pagi 1 September lalu dipercayai berlaku apabila isteri suspek menegurnya sikapnya itu.
"Selepas itu berlaku pertengkaran mulut antara mereka dengan disaksikan anak perempuan. Suspek kemudiannya memukul wanita itu dengan penyapu sehingga mangsa mengalami lebam dan bengkak pada lutut kiri.
"Dia turut dipercayai mencekik anak perempuannya itu," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar dan suspek ditahan pada 2 September.
Saifudin Aslin memaklumkan, semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan dipercayai dalam pengaruh dadah ketika mencederakan isteri dan anaknya.
Katanya, suspek direman sehingga 10 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323/18A Keganasan Rumah Tangga dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
Topic Berkaitan
#Dadah
#jenayah
#keganasan
#keganasan rumah tangga
#mahkamah
#mangsa
#padang besar
#petrol
#polis
#suspek
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan