awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insiden helikopter: Mohammad Zullfika dipindahkan ke 96 HAT Lumut
Tiga lelaki berkonvoi pulang dari Thailand antara ditahan AADK
9 terbunuh dalam serangan semasa sambutan ambang tahun baharu di Nigeria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami tetak isteri guna pisau pemotong daging kerana cemburu

Astro Awani
Astro Awani
27/08/2020
11:05 MYT
Suami tetak isteri guna pisau pemotong daging kerana cemburu
Suspek menunjukkan senjata yang digunakan dalam kejadian berkenaan. -Gambar/ PDRM
Seorang lelaki warga Myanmar dipercayai menetak isterinya yang berusia 16 tahun menggunakan pisau pemotong daging kerana cemburu dan mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata dalam kejadian jam 1.40 pagi di Jalan Bagan Jermal di sini, pada 20 Ogos lepas, wanita warga Vietnam itu cedera serius pada leher.
Katanya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) manakala suspek melarikan diri bersama rakannya.
"Terdahulu, kedua-duanya mereka yang baru berkahwin dua bulan lalu dipercayai bertengkar sehingga suspek hilang pertimbangan dan bertindak menetak leher isterinya.
"Siasatan mendapati, suspek mengesyaki mangsa yang hamil tujuh minggu mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Dia juga meminta mangsa menggugurkan kandungannya," kata Noorzainy dalam kenyataan hari ini.
Suspek yang melarikan diri bersama rakannya ditahan polis di sebuah kawasan ladang getah di Kampung Lancuk Binjai, Pendang, Kedah kira-kira jam 7 malam tadi.
Kedua-dua mereka direman di Mahkamah Sesyen Butterworth dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#cemburu
#hilang
#hubungan sulit
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#mangsa
#Myanmar
#polis
#Seberang Perai
#suspek
#tetak isteri
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan